Wednesday 28 September 2011

hari berjalan.

Semalam aku pergi tengok Bini-Biniku Gangster and only now aku terasa nak update entry. Gaya macam sibuk kalah menteri tapi tak pun, ya la dah nama pun gaya kan :p Lately aku rasa macam tak berapa minat dalam hati nak tulis belog bagai nih. Caipoddah kalau tak minat yang tulis lagi apa hal, haha suka lah! :p

Aku keluar dengan Chaq, my BFF since zaman anak-anak hidung lembap lagi. Alhamdulillah sampai sekarang pun hubungan kami masih utuh walaupun dah jauh terpisah. Aceceh jarak yang tak la berkilometer jauh sangat pun, pergi balik hari pun dah boleh, hee hee ajenye memang best kalau nak create situation yang macam umang aih hebat gila kawan jarak jauh pun tahan lama gitu, lololol :p

One loyal friend is worth ten thousand relatives - Euripides

Woret, basically aku tak ada la nak cerita hipotesis filem para bini Sam yang gangster tu sebab aku rasa kalau google saja review filem tu bersepah keluar link sampai rambang mata nak pilih. So biar aku terus rate saja lah kan, aku bagi 6 bintang dari 10. Aku suka Yana Samsuddin dalam cerita tu sebab comel sangat dan sebab orang nama Yana memang comel. Eh kau apahal tetiba comel :p Haha cerita dia santai dan fun, cuma ada part yang akad nikah dalam masjid antara Sam dengan Intan Ladyana tu aku tak berapa berkenan sebab scene tu ada tunjuk macam Sam tu gelojoh sangat dengan watak bini muda dia, Intan Ladyana. Supposedly kalau nak buat adegan macam tu jangan la buat dalam masjid. Ye la, masjid tu rumah Allah, dah la bukan mahram, berlakon pulak adegan over camtu, macam tak sensitif dengan kesucian rumah Allah pulak. Okay, itu pendapat dari aku la kan, awak sekalian yang tengok pulak bagaimana?

Wednesday 21 September 2011

Tuesday 20 September 2011

don't be too judgemental.

Tak ada sesiapa yang layak menghakimi diri manusia lain unless awak adalah orang yang budget bagus sangat sangat sampai boleh predict others future. Kira macam ada kuasa super natural la kan, then boleh la awak tahu isi hati budi seseorang, dia nak makan apa time tu, dia kutuk awak ke atau dia pun ada kuasa gila macam awak jugak :p And I am not here to tell you guys "Hey, aku ada kuasa super natural, hebat gila!" Yeah,memang la gila kalau buat macam tu :p

I am here to share my thoughts yang semacam "Please stop la meragui atau menghakimi seseorang sebab kita bukan Tuhan." Kalau kita tak suka diri kita orang suka hati saja nak cakap A atau B, then ajar diri sendiri dulu supaya tak bersangka or bercerita atau menjaja gosip A to Z. Kehidupan dekat dunia ni walaupun ada masa kita rasa tak adil tapi hidup ni sangat seimbang, awak akan dapat habuan dari apa yang awak kerja dan lakukan, maka kita kena selalu ingatkan diri supaya tak ada nak judgemental sangat dengan orang sekeliling. If mereka tak kacau hidup kita so stop nosing about others, tak bawa untung pun. Tambah musuh lagi ada. Even tak ada dapat untung bulanan beribu-riban pun. So better stop attitude yang sebegitu dan beri peluang pada diri untuk mengenali orang sekeliling kita. Kadang-kadang diri kita terlampau sempit dengan prasangka buruk dan percaya cakap orang lain. Why not cuba kenal dulu, selidik sikit-sikit then baru la buat hipotesis. Hidup ni pun macam buat eksperimen jugak, bila berjaya hipotesis pun accepted. See, simple saja pun. So tak perlu rumitkan keadaan dengan berfikiran semak. Make life become easy la kan, just be nice with people and insya-Allah they will be nice with you too :)

So, I want to share these with you guys, kata-kata dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani yang berpesan supaya kita bersangka baik sesama manusia :

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku"

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat saya dan jugak awak yang membaca. As Salam :)

Monday 19 September 2011

dare to be different.

I think I want to update my post in english for tonight, I mean now la, hehe. There will be one and only reason why I menggedik nak post in english and that will be no doubt because I am manusia yang budget, lololol who cares :p

Do you guys think posting entry in english was an oh sem ways to attract people to read your belog? That will have no sure at all, maybe yes and maybe not. What I am trying to do today was not really to feel like omputih or somewhat getting attention or being popular, instead of I try to recall my ability to write in english. Whether already dah nyanyuk tentang english or still the N, double O, B type. Hah, you know what I mean kan kan? :p And now I am proudly said, "Hey Yananot, you still the NOOB type." Boooo :') [boo here means clapping your hand, big applause in sarcastic way. deyum!]

Hahaha, okay, enough of letting yourself down Yananot. At least you try to recall, even you may not able to speak or write so oh sem in english it does not mean you are loser, even you was, oh deyum! :p Okay okay, back to track. I am actually really want to improve my english. However, as Malay blood was running so hyper-actively in my soul, I could not resist too much in adapting english as my written language here. Therefore it will be pretty sometimes I will post my entry in english and at that time I can assured you will have such a bahaha time laughing at my entry. Silakan silakan :') I will not get mad at all instead of reallly appreciating you guys who willing to read all those soon-to-come odd entries. Hehe till then guys, happy reading and nanite :)

Sunday 18 September 2011

kenali wanita, hargai dan sayangilah.

Orang lelaki selalu cakap yang perempuan merimaskan, berperasaan huru-hara dan selalu tak stabil. Orang lelaki juga selalu anggap perempuan ini manja lebih, tak pandai berdikari, lemah gemalai kalah sotong yang tak bertulang. Orang lelaki juga selalu anggap perempuan ni kilang mata air sebab sikit-sikit nangis, lembik, cengeng dan at last buat mereka rasa serabut. Pi ef ef ti, tak tahu ke wanita ni adalah makhluk yang Allah ciptakan penuh dengan kasih sayang?


Mungkin perempuan ini lemah, tapi lemahnya orang perempuan bukan untuk senang ditindas, tetapi untuk dilentur menjadi acuan yang sepatutnya. Umpamanya kalau dah nak shape hati tapi letak dalam acuan bulat macam mana nak ada shape hati pulak kan? So lelaki, cuba muhasabah diri dahulu sebelum ada perasaan tak puas hati dengan wanita. Lelaki yang merungut tentang wanita adalah lelaki yang tak mendalami kejadian Hawa, sebabnya kalau dihayati betul-betul kejadian Hawa baru lelaki faham betapa uniknya wanita dan mengapa wanita ini sikapnya undefined sikit, hehe itu pun kalau baca dengan hati la kan. Di samping itu kita juga kena ingat yang semua manusia di muka bumi ini tak sempurna, ada part yang missing, jadi sama-sama lah kita melengkapi ruang kekurangan diri dengan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Bukan ke lagi elok macam tu? Dari cari lemah yang ada pada wanita kenapa tak cuba highlight kekuatan yang dia ada? Lepas ni cuba menghargai okay :)

Okay emosi macam berjoget laju saja bila aku buat entry ni kan, bukan apa, bila baca surat khabar aku sedih tengok perempuan-perempuan yang tertindas. Buat aku rasa nak jadi Pejuang Hak Asasi Kaum Wanita, semangatnya semangatnya, weee! :D Tapi di sebalik kekuatan wanita terselit juga kekurangan yang akhirnya menjadikan wanita bodoh dalam perlakuannya. Bagi aku kekurangan yang ada tu adalah apabila wanita sendiri tak menghargai betapa berharganya dia. Semoga aku tidak menzalimi diri dengan mensia-siakan diri ini. Duhai wanita sekalian, mari hargai diri kita. Tak pernah ada istilah terlambat untuk kita menghargai diri kita. Siapa pun kita di masa lampau kita masih punya masa untuk mengubahnya. Soalnya sekarang mahu dan tidak sahaja. Cepat ambil tangan, tepuk dada dan bicaralah dengan iman anda. All the best! :)

Saturday 17 September 2011

mencari rasa dari gambar.

Gambar juga boleh memberi kita rasa, boleh rasa happy, sedih, suram, semangat dan gembira. Macam lagu jugak lah kan, time mood angau dengar lagu slow jiwang-jiwang, rock kapak gitu, kalau tengah bengang tak dengar rock kapak dah, mungkin cari kapak terus, lololol bahayanya hang:p

Hari ni aku nak share gambar yang buat kita rasa segar. Bagi aku rasa segar lah kan, rasa fresh yang macam huargggh sambil mendepakan tangan ke langit, oh sem gitu! :D Orang lain tengok mungkin lain rasanya. Subjektif bila bicara soal rasa ini. Maka tengok dan rasa lah apa yang hati anda pulak rasa ;)





Huarghhh, dan sesungguhnya sekarang aku rasa nak tidur pulak, nanite! ;)

Friday 16 September 2011

keseratus juta kali.

Hehe,sudah seratus juta kali bermula dan harapannya Yananot tidak akan memulakan sesuatu yang baru lagi. Semoga ini permulaan kepada penutup yang hebat. Nahhh, sudah-sudahlah membebel sebab macam cakap dengan masa lalu saja tiap kali bermotivasi pon, haha bila la nak sedaq wahai diri :p

Okay, harap medan Yananot dapat berkongsi something yang valuable walaupun tuan dia ini selalu sesat dalam kekeliruan dan asal sesat beranak belog baru, asal sesat beranak belog baru [cramp mouth]. Duh, bosan kot. Tolonglah tetap pada satu medium wahai wanita hebat, lolol hebat pulak,haha. Kembali serius, sekarang baru aku faham buat sesuatu dengan ikhlas itu sangat penting sebab tanpa keikhlasan hati tak akan rasa tenang. Mungkin sebelum ni tujuan aku buat belog adalah sebab nak budget jadi orang popular dengan follower berduyun-duyun -_-" Sekarang jugak baru aku faham yang menulis biar dari hati, sebab sesuatu yang memang benar lahir dari hati tu la yang tak fake omputih cakap. Tak bermakna before this aku fake, cuma lebih kepada nak jadi orang lain. Mungkin aku rasa identiti sendiri sangat tak secure di samping alasan hati yang "you got nothing hebat hebat nak share pun Yananot" Huhu, sungguh tak matured aku ni kalau buat sesi pandang cermin belakang [sigh sigh sigh]. Okay enough, aku patut belajar menghargai rumput di rumah sendiri dari rumput rumah jiran-jiran. Babai zaman lalu. Sekarang zaman aku bahagia dengan diri aku seadanya take part, alhamdulillah sedaq pun kau wahai diri :p


and now she start moving on and she already destroyed the "cermin pandang belakang" kejamly,haha. Tahniah berganda Yananot! :DD