Tuesday 18 October 2011

Up.

I grew up with Disney movies, I really love each of their plot in every story I watched, don't really know why, but it was like a sedative to my soul. So, when ever I do felt serabut perut, Disney movies will be in the top list of medicines I always needed, heee ;) So, I want to share one of my bunch of favorite movies from Disney. Yeah Up, the unique love of Carl and Ellie just made me feel so classy and in love too, angauness in short, muehehe ;p



How I wish I would have such a classy love in reality too, muehehe berangan banyak la kau :p Till then, love still you can and be sweet as you want :)

You don't talk much, I like you! - Young Ellie

Monday 17 October 2011

some pieces of heart.

Dear Yananot,

Life maybe doesn't go with the flow that you really want but still life goes on and in future it might passed by the road you want it to take. No one knows. Just wait. Allah loves when we are being patient :) [ Yeah, not-so-British globins exorcised me tonight :p]

Life maybe be so miserable with people who only with you when he or she want and think they need you and at time they don't need you, you are out of league. Never mind, everything we did in our past will reflect back to us in future, if we do good insya-Allah all good things will be gained in return, and if you do bad, you already know what you will have. So, always be nice, don't pray they will feel what you felt, do pray that they will not feel what you already felt, whatever some people have did to us might be the reflection of our bad, Allah knows everything, just do good things, what ever we have in return just redha, always remind diri sendiri, insya-Allah our soul will keep calm :) [ Yeah grammatically error here and there, I'm still learning, so chill chill, hehe ;p ]


Jangan malu untuk mencuba kerana kegagalan yang pertama itu datang apabila kita sendiri menutup peluang diri dengan rasa malu yang tak kena tempat. Takpa kalau kena gelak bila belajar English, nama pun belajar bukan mengajar, hehe ;p So chill and keep on learning bebeh ;)

Sunday 16 October 2011

tips nak jadi rajin.

Hai eberibadi [budget] :p

Sesungguhnya aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku seorang yang malas pada zahirnya kerana aku bersyukur pada batinnya aku ada semangat nak mengaku yang aku malas. Haha boley macam ni :p Okey yang sebenarnya aku nak berkongsi tentang rasa malas dan cara nak atasi rasa malas sebab berdasarkan testimoni dari aku yang malas, cara tersebut berhasil, alhamdulillah, jadi macam biasa la, sharing kan caring, caring kan sweet so I am sweet lah, lololol >.<

Orait, secara spesifiknya malas aku adalah merujuk kepada sikap aku yang malas memasak, bukan tak tahu tapi dah tahu tu la yang malas nak buat sebab rasa macam okey dah tau so tak mau buat. Haha angkuhnya fikiran [tujah jari telunjuk dekat dahi atas tujuan memberi rasa kesedaq diri :p]. Sebagai seorang perempuan sepatutnya kita kena la rajin-rajin bermesra dengan dapur, kalau tak mesra macam mana nak bercinta, dan kalau tak bercinta macam mana nak kenal hati budi dapur, ye tak? Macam aku la, hari tu konon nak masak ayam berlada hitam, sekali aku letak halba campur sebab aku tengok lebih kurang ja texture dia, so aku pun FAILED untuk resepi hari tu, haha tapi kita kena positif, kalau tak salah hari tu sampai ke sudah la aku mereng lagi nak bezakan dua benda alah tu, tapi sekarang tolong lah tanya. Ofkos tutup mata pun boleh jawab. Tu dia angkuh lagi, backhand dahi sedas setengah -_-"

Sebenarnya untuk orang yang berspesies malas ala-ala aku ni ubat dia adalah pergi masuk dapur and rekacipta lah resepi sendiri kalau dah budget semua benda pun hang taw, nak elak boring lah kunun macam semua resepi dah master, omai geli lidah dengaq, sedaq diri cepat, haha. Okay, sebenarnya bila sesuatu yang kita rasa kita dah tahu kita akan cenderung untuk rasa malas sebab benda tu dah macam sesuatu yang biasa untuk kita, so bila saja ada perasaan malas mula macam nak hai hai dengan kita, cepat cepat challenge diri untuk buat sesuatu yang lebih adventure lagi bagi mencabar diri sendiri. Contoh macam kalau rasa malas memasak cuba masak sesuatu yang lain, yang memang diri kita tak pernah buat, let say buat kek ke, biskut ke, macarons ke, kuih yang pelik2 but still boleh makan la kan. And tak pun cuba google resipi baru and try. So far aku tengok orang Jepun selalu come out dengan resepi yang pelik-pelik sebab orang Jepun ni selalu challenge diri sendiri, tengok teknologi dah la kan. Dah google tu pun agak-agak la nak cuba resepi pun kan. Kot ada oink oink takkan nak buat resepi oink oink kot, grrrr -_-"

Sekarang ni aku tengah mereka cipta makanan based on Waffle baru keluaran Gardenia tu. Inspired dari gambar ni lah, letak macam-macam buahan, sedap taw. Cubalah, simple sangat and bila dah cuba dah kira we are one step far from laziness :DD

And then kalau bab kerja rumah pulak rasa macam hari-hari kemas dan rasa malas apa kata cuba untuk set time and every time nak buat kerja rumah cuba berusaha untuk pecahkan rekod waktu mengemas, tu jugak sebagai latihan nak jadi supermak taw, buat kerja lebih laju dari biasa, so kalau sekarang dah latih insya-Allah bila dah berkeluarga nanti kita tak la rasa awkward sangat. Paling untung mak mertua dah sampai depan pintu gate and rumah pulak macam lepas kena taufan, on the spot chup chap chup chap dah siap, mak mertua pun sayang, hik hik hik ;)

Aku memang minat sangat la dengan decoration rumah yang tema inggeris ni, habis hati la orang cakap. Insya-Allah dah ada rezeki berumah sendiri nanti aku nak feeling oldies UK habis lah, haha onyoonyoonyo tak sabaqnya!

Cinta habis dah la tengok gambar ni. Okay, yang ni bilik anak-anak :p

But most of all adalah kesedaran diri, kesedaran itu yang paling penting untuk melawan rasa malas, kalau kesedaran untuk keluar dari menjadi malas tu tak ada tak guna juga baca tips bagai tapi effort tak ada, macam naik basikal tak ada tayar. So selalu lah sedar-sedarkan diri kita bahawa sebagai perempuan seharusnya kita bersikap rajin demi kesinambungan rumah tangga yang bahagia bila dah berkahwin nanti. Semoga aku juga akan menjadi insan yang lebih rajin lagi dari hari ini, amin. :)

Kita mungkin bukan wanita yang sempurna tapi kita boleh belajar untuk menjadi yang unik, yang satu dalam seribu, mari menghargai keupayaan diri :)

Thursday 13 October 2011

nak cantik? Happy lah!

Dear Yananot,

My blood just having their not-so-British globins tonight, so ignore my grammar cause I don't even want to care, so you guys should not dare to care too, haha :p I have nothing to update basically but I still want to write something tonight because I just love to write, that's it. No much reasons, hehe. Okay, since lately I have been a busy lazybones at home [lazybones busy? Oh puh-lis, muhong sangat haih :p] whatever, haha. Orait, actually I just want to share some pictures here, some words that might made us thinking twice and twice, and some motivations that we might gain and gain, bla bla bla. Sharing kan caring, caring kan sweet, so I am sweet [noktah] lololol :p

As a girl, okay dah tua so as a woman, hehe :p As a normal woman being, we are more or less the same, love to be pretty and to be looked beauty, but what are actually pretty and beauty mean? Just smile babes, we will look pretty, be kind and we will look beauty. It all come from inside, beautify our inside, it will reflect our outside, so just be good, create positive personality rather than injecting botox or whatsoever, it just harm your soul. Why I said so? Yes, of course la, you suntik sini sana pun tak tentu you feel satisfied, at the end your face dah macam kena sengat tebuan and then jiwa dah rungsing, so don't your soul get harm? Therefore smile okay, tak ada smiling face yang tak cun dalam dunia ni. We have our own beauty, if not to entire world, enough to be looked beauty and pretty to somebody [smile]. Be happy okay my girl and my woman, people will feel comfortable when we are in good mood, so happy is the solution. The way to create happiness is by being happy first [so again, smile!] :)


Yeah, smile might be looked as simple thing to do, but you know what, it really means lot. When you are in stress, just try to smile cause it helps in calming your heart, you will feel a bit release as oxytocine hormone will released when you smile, oxytocine ni macam "caring hormone" [okay I got this from Google, so I don't make any auta yup, hehe :p] I also believe on these words "you don't smile because you are happy but you are happy because you smile" so it was like psychology in your mind, when you smile everything will run on smoothly. Lagipun smile ni make you more attractive, cute, cheerful and and cowok ya ramai mahu tegur dong, haha okay yang itu not good at all, make your smile comes from your heart, feel sincere to do so, you will have the beautiful smile indeed, and smile is the sweetest way your lips can be. So, smile while reading my entry now, weeee :) 


And finally, to be happy and beauty, every night before you go to sleep, let all your problems flew away, smile before you sleep, thinking that tomorrow you will have a good day, you will be strong enough to face world and hiyarghhhh push your hands up and say this loudly "Goodnight Moon, I love you!" hehe ;)  And don't forget to recite your doa and khalimah syahadah, have a beautiful dreams and meet your sunshine tomorrow with a big welcome, till then as-salam and nanite! :)

Kita tak kuat untuk sentiasa gembira tetapi kita mampu untuk berasa gembira, jadi be happy okay! :)

Tuesday 11 October 2011

perut yang tercemar.

Salam petang yang nyaman Yananot,

Ada pepatah yang cakap "you are what you eat and you are what you read". Okey, aku nak berterus terang yang aku sangat risau dengan ayat pertama  "you are what you eat" tu, serius cuak gedik-gedik sejak semalam setelah aku baca artikel yang menyatakan keropok Rota ada terselit unsur-unsur binatang berhidung kemek yang kaler nak pink tak pink tu, oink oink sungguh! Kenapa aku cuak? Dey, ofkos la sebab aku suka gila kot keropok tu masa zaman tak bertauliah dulu. Sob sob sob aku rasa dah tak halal perut aku ;( Paling sedih pasti lah aku rasa tertipu, dekat paket gambar udang tapi kenapa ada oink oink? Dah tu ada pulak tanda halal. Kecil-kecil aku dah faham kalau nak makan kena tengok logo halal, asal ada aku memang terus ngap dengan yakin, namun setelah 23 tahun baru aku taw Rota tu dah diragui kehalalannya. Teraniaya zaman kecilku, sadis! Patut la dah besar ni blur ja doplohpat jam -_-"

Tapi tu lah, banyak version pulak cerita tentang Rota ni, ada cakap "fitnah semua tu", ada cakap "haram beb haram", ada yang cakap "bedal je, halal, E code yang dicanang tu code pewarna saja". Apa-apa pun bila dah jadi macam ni otomatik lah makanan tersebut dah dikira syubhah, dan kalau dah tau sesuatu makanan itu syubhah, maka eloklah pi lari jauh-jauh dari godaan bauan makanan tersebut, makanan ni nanti jadi darah daging, andai kata kita dah makan sesuatu yang diragui, yang menjadi darah daging kita dalam badan ni dah tentu la jugak kualitinya diragui. Macam bila kita beli produk la kan, kalau dah tahu produk tu diragui tulen atau copycat, setengah orang akan buat keputusan tak maw beli, tapi ada jugak yang ambil mudah beli saja, asal ado kan, at the end baru tahu yang kualiti tak bagus. Macam tu la dalam diri kita ni, kita ada segumpal daging yang nak dijaga, so jaga lah sebaik mungkin dengan memberi sesuatu yang berkualiti sebagai sajian, yang berkualiti dekat sini pasti la yang halal. Kalau elok dan berkualiti pasti lah hasilnya baik, kalau tak hasilnya pun sendiri maw ingat la kan. So, setelah mendapat info dan penerangan mengenai syubhah ni, seharusnya lepas ni kita lebih concern dengan makanan kita, ingat "we are what we eat"! :)

Lupa pulak nak tunjuk, ni la Rota. Ce ingat ce ingat, pernah tak time kecil dulu beli dekat van keropok plus rojak kaler putih yang ada depan sekolah? Tak pun dekat rumah jiran yang renovate jadi kedai jual cekedih?

Dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir ra berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. Sedangkan diantara keduanya terdapat perkara yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukum)-nya. Barang siapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barang siapa yang jatuh kedalam yang samar-samar, maka ia telah jatuh kedalam perkara yang haram. Seperti seorang penggembala yang berada di dekat pagar (milik orang lain); dikhawatirkan ia akan masuk kedalamnya.

Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah, bahwa pagar Allah adalah larangan-larangan-Nya. Ketahuilah, bahwa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah, bahwa segumpal daging itu adalah hati”. (HR. Bukhari dan Muslim)

Sunday 9 October 2011

i wish.


I wish to watch night sky view with my future legal man soon-to-be, insya-Allah :) [wishlist]. Budget habis romantik la kan buat wish macam ni, haha who cares:p Indeed, dah lama aku memasang angan-angan nak tengok penyahtinjaan bintang shiuuu lalu depan mata bersama suami, dekat tepian pantai, ombak menderu, bintang berkedip-kedip dengan angin tiup lemah gemalai, sambil makan cuppies comel hiasan love..ermm tukar tukar maggi cawan lah hehe:p And then tambah background music Dancing In The Moonlight by Toploader sebagai penyeri mood pulak, alahai memang oh sem lah! Lepas tu suami hugs bahu then cakap "Sayang Anje [heart]" yaww geli geli geli, haha >.< Tu dia lah kalau berangan, nak yang fairy tales je, haha impian menyumbang kepada kenyataan taw, so dreaming first lah :DD

"Ya Allah, permudahkanlah jalan percintaan kami agar sah disisi-Mu kerana sesuatu yang halal itu sudah tentu tenang dan satu anugerah buat kami, amin"

Saturday 8 October 2011

be grateful and you will be happy.

Dear medium luahan paksa dengar :)

Lately aku selalu rasa macam hidup tersangat sukar buat aku. Aku rasa macam aku adalah orang yang malang sebab masih bergelar "vineyard worker" yang macam hampagas, sedut habuk rumah doplohampat jam, huh. Bila dah lama duduk dekat rumah aku mula suka fikir secara kreatif yang tak berfaedah, dari sihat walafiat aku rasa macam nak sakit, dari hubungan silaturrahim yang baik aku sengaja nak cari pasal, haha macam dah mental sangat pulak kan, sungguh parah. Tapi kalau nak diikutkan tak la parah mana, sengaja buat-buat parah :p

Sebagai manusia normal nampak sangat kelemahan aku adalah tak reti nak menghayati erti bersyukur [ish ish ish, geleng kepala] tapi alhamdulillah jugak la sebab aku cepat sedar dan kembali bersyukur :) So aku rasa kita patut pandang pengalaman orang lain, baca kisah-kisah orang lain, bukan la nak jaga tepi kain orang pulak, agak-agak la kan, ambil tahu yang orang nak beritahu saja la, that will be more than enough. Cuba concern dengan apa yang mereka nak share dengan kita, kalau tak ada orang nak cerita masalah or pengalaman dia dekat kita, pergi saja online facebook, lepas tu terpampang dekat status bermacam masalah yang ada sesetengah orang share. So dari situ cuba kita fikir balik apalah sangat masalah yang kita hadapi kalau nak bandingkan dengan orang lain dekat sekeliling kita. Manusia tak lari dari dugaan dan pancaroba dalam hidup, bezanya cara handle masing-masing. Kalau tak pandai handle tu la yang jadi serabut perut semak kepala tu, macam yang jadi dekat aku [gelakkan diri sendiri, lolol ;p]

Memandangkan masalah aku kalau nak banding dengan masalah orang lain adalah sangat la ciput dan langsung tak menjejaskan apa-apa melainkan hanya perasaan aku, maka tolonglah abaikan stress tak berfaedah kamu wahai diri, stop nosing on simple things within you.  Banyak lagi perkara yang perlukan perhatian aku macam bilik yang bersepai, dapur yang jarang berasap dan kain baju yang kelemasan dalam raga. Apalah salahnya masa terluang yang aku rasa macam uh bosan bosan ni dihabiskan dengan aktiviti berumah tangga, sejuk mak mentua tengok esok. Hee hee tiba-tiba muka blushing bila sebut mak mentua, nampak sangat gatai hang ni -_-"

Yeah, panjang lebar sangat dah ni merepek, back to track, aku rasa aku dah jumpa kekuatan aku untuk menghadapi dugaan hidup. Ini baru sedikit, kalau yang kecil ni aku tak mampu nak hadapi macam mana dengan dugaan yang bakal mendatang, yang sedang-sedang, yang besar-besar, how Yana how?

Okey Yana, macam ni macam ni, bersyukurlah dan bertenang la dalam menghadapi sesuatu kerana dalam setiap kesukaran itu lah adanya kemudahan, bila Allah uji dan duga itu sebab Allah sayang dengan kita, Dia tak nak kita jauh dari Dia, bersyukurlah Dia bagi kita sedar, kalau Dia biar macam mana? Nauzubillah, tak mau la jadi macam tu. Macam masa sekolah, kolej, universiti dulu la kan, kita kena hadapi exam, dari exam tu lah baru ada hasilnya, kalau usaha lebih, lebih la ganjarannya, dari mata panda lahirnya anugerah dekan, kui kui kui. Macam tu la dengan ujian hidup, kalau kita penuhkan diri dengan sabar, indah tau hasilnya :) Allah duga kita dulu supaya bila kita dah terima ganjarannya kita tak lupa dengan keperitan kita pada masa yang lalu, setiap apa yang berlaku tu pahit atau manis ada hikmah di sebaliknya. Untuk kita sebagai hamba ni kena la selalu beringat dan yakin dengan Allah, kita tak boleh fikir bila susah itu ujian, senang pun ujian jugak tau. Bezanya bila susah kita merintih tapi bila senang kita mudah lupa, jadi bila lalui saat sukar tu kita cuba muhasabah diri apa yang dah kita lupa waktu kita senang dulu. Jadi jom bermuhasabah, bersyukur dan menjalani hidup dengan gembira. O yeah! [semangat] :DD

"Fa inna ma'al 'usri yusra, Inna ma'al 'usri yusra"
Verily, along with every hardship is relief. Verily, along with every hardship is relief.(Surat Insyirah 5-6)

Tuesday 4 October 2011

diri, jangan mengalah!


Manusia dengan kesalahan adalah seperti 1 + 1 equals to 2, seperti hidrogen + oksigen yang membentuk H2O. Kehidupan ini more or less macam itu lah, sebatian daripada kesalahan dan kesedaran. Tanpa kesalahan kita tak belajar dan tanpa kesedaran juga kita tak ke mana. Kadang-kadang kita cepat mengalah bila kita dah buat salah, then kita terus menerus commit sins sebab kita ambil kata-kata "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Aigoo siapa ajar? Syaitonnirrajim lah dengan berkat usaha teman baiknya cik nafsu yang tak jemu-jemu suruh kita seluk pekasam sampai masam. Bila hati dah masam tu lah yang liat bila nak buat baik. Aku bercakap tentang diri aku juga. Aku mengaku aku bukan la insan yang baik tapi aku tak nak diri aku terus berkalung dosa. Jadi aku cuba untuk jadi lebih baik dari hari ke hari. Kadang-kadang aku terfikir time kecil dulu bukan main lagi semua doa boleh baca, sekarang doa bangun tidur pun kadang-kadang tersasar baca doa lepas makan -_-"

Terasa juga yang kecil-kecil dulu umpama mengumpul pahala sebanyak mungkin lepas tu dah besar tolong bagi neutral pulak segala pahala tu dengan dosa sekarang. Sia-sia didikan agama yang ada bila dah besar tak pandai fikir. Kadang-kadang dalam hati tu serius cakap ambil mudah sangat bab-bab agama, langsung tak fikir yang umur awak tu makin tua bukan makin lama makin remaja trang tang tang. Bila ada orang puji "Wah awak nampak muda la, tak sangka umur rupanya dah sekian sekian" Then hanyut sat, buat cewi rasa macam muda lagi, rasa macam mati tu tak mai la kalau muda-muda ni. Rosak iman dengan pujian tanpa sedar yang semua tu hanya untuk sementara -_-"

Bila sebut pasal mati semua orang takut. Ya la, aku mengaku aku takut, sebab aku rasa ciput sangat persediaan aku. Bayangkan 23 tahun hidup mungkin amalan tak sampai pun separuh dari umur sendiri, pasti Allah rasa kecewa. Tiap-tiap hari lepas azan Dia tunggu kita datang menyahut panggilan azan tu, tapi kadang-kadang sampai ke waktu seterusnya kita tak juga datang-datang, mesti Dia kecewa. Kadang-kadang kita sahut panggilan azan tapi lewat sangat, kita selalu nak yang terbaik dalam hidup tapi kita pernah ke bagi yang terbaik dalam suruhan Dia? Temu janji dengan dia pun kadang-kadang miss kadang-kadang lewat tapi kita tetap jugak bertebal muka nak minta macam-macam. Kadang-kadang bila dalam hidup kita berhadapan dengan orang macam tu kita marah, tapi kita buat macam tu tak apa pulak kan?

Dengan itu wahai diri, jangan mengalah, walau sebelum ini banyak salah yang terkumpul, banyak dosa yang tak terhitung bersyukurlah sebab dengan nafas yang masih ada, Dia bagi kesempatan untuk kita perbaiki diri. Kalau sekarang pun kita nak tolak lagi kesempatan yang ada, entah esok sempat ke lagi? Kalau tak esok pun, seminit dua yang akan datang siapa tahu kesempatan kita masih ada atau tak? Jadi, ingatkan diri setiap masa dan teruskan beristighfar. Sesungguhnya bukan senang nak berada di jalan yang lurus ini pada ketika dunia telah tenat. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Amin.