Thursday 17 May 2012

Janda Baik memberi saya kebaikan.

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah, bertemu jugak aku dengan connection internet akhirnya, what a blast! Indeed it's true bila ada orang cakap we will only appreciate things when those things are gone. Hill yeah, setelah aku tercampak dengan rela dekat Janda Baik hari tu, memang aku sangat menghargai telefon bimbit dan line internet, walau aku bukan lah pemain tegar Dota mahupun peng-update-susah-mati Twitter :p

Well, I learnt dearly lots from this team building. Of course aku pergi atas dasar kerja and all activities related dengan teamwork, dah nama pun TEAM building kan, apolah apolah ;p Bila masuk hutan on the dot perasaan aku rasa tenang sangat, rasa jauh dari stress, okay jangan sebut part line telefon langsung la kan time tu sebab itu punca pengembalian stress, tekanan, stress tau stress, grrrr -_-"

Okay berlagak, eksaited semua, lepas tu kau rasakan, hakhak.
Tak banyak aktiviti adventure yang ada sampai jiwa aku membentak-bentak rasa nak pergi buat flying fox and water rafting sendiri ala-ala lone ranger, tapi nama pun wanita, emosi je lah lebih, nak buat sensorang kau ade nak buat? Ade? Ade? Pergh respect kalau ade, rasa nak mintak sain otograf sekali. Ade? Ade? Haih ada jugak insan makan tamparan wanita kan satgi -_-"

Feels so lucky sebab dapat budget jadi Snipper. Kau ade? Ade? Ade? :p
Dush, pedih gila habaq hang bila kena dengan peluru Paintball ni rupanya, aku suggest game ni boleh tukar nama jadi Painball lepas ni, sesuai sangat, sangat lah! So far yang ni la yang adventurenye pon tapi still banyak yang aku dapat dari camping kali ni. Sebelum ni waktu sekolah aku memang sangat aktif bab kem-kem ni, sebab sebab sebab hehe aku suka aktiviti luar lagi dari mengadap buku, so no wonder lah result SPM aku boleh lah lepas syarat nak masuk U je, tapi tu pun dah alhamdulillah, setimpal la dengan usaha aku yang tak seberapa, Allah tu Maha Adil :)

Banyak game yang aku main masa dekat kem ni yang macam "Eh tak tercapai akalku." It was amazing when first you never expect you can do that but then sebenarnya you can't do that simply because your mind cakap haishh mustahil, haissh gila ka pa nak buat macam tu, haishh tak boleh tak boleh, so memang la apa pun tak boleh. Jadi aku belajar yang dalam bekerja ni apa yang paling penting sekali adalah mindset kita ni, mulai dari saat tu mindset aku turn 360 degree, but slowly la kan, kalau drastik sangat culture shock pulak. And the fantastic part is when everything I think I can make it, yeah I made it finally. So percaya lah pada kebolehan diri, kalau bukan kita yang nak percaya sapa lagi nak percaya. You got that? So tanam cepat rasa percaya diri dalam diri. Now bebeh now!

Macam mana nak tanam nih kawan?
Ketap bibir, dalam hati " Pakai Cangkul"
As simple as be yourself and percaya pada kebolehan yang Allah dah kurniakan pada setiap diri kita. Believe me, I've been asking why I work here? Why i need to do folding clothes bagai? Is it this what I need to do after pecah kepala struggle belajaq sampai degree? Then I stop mumbling, I try to figure out why destiny bring me here, why Allah bring me to this path, Alhamdulillah, I got the answer finally. I know Allah already had a great plan for me, Dia lorongkan jalan hidup aku begini sebab Dia nak aku dekat pada Dia, mengerti yang Dia dah reserved something for me in future, Dia nak tengok kesabaran yang ada pada hamba Dia, then sweet things will come to me right after what I've been gone through, will, one fine day, one fine day! Tetapkan keyakinan pada Dia, teruskan usaha, doa dan tawakal, insya-Allah, He knows best, always!

Dekatkan diri kita pada alam akan mendekatkan diri kita pada Dia yang mencipta. Hayati alam akan membuatkan kita menghayati erti sebuah kejadian dan sesuatu kejadian. Dari situ lah keyakinan aku datang, sedangkan berbagai bentuk, personaliti manusia dan sifat-sifat pada haiwan, tumbuhan, segala yang unik, segala yang tak pernah kita terfikirkan Dia telah ciptakan, maka apatah lagi dengan jalan hidup kita :)

Wednesday 9 May 2012

Chocolate Moist Cake

As Salam,

Life will be great when you feel great. Then macam mana nak feel great? Senang saja, have a great time with great people. We have bunch of great people around us, yeah, keluarga, kawan-kawan, tak lupa juga yang disayang dan juga yang menyayangi, maka jangan bertindak kejam pada hidup, bergembiralah bersama mereka. Haish, kenapa tiba-tiba cakap macam ni walhal aku nak share resepi hari ini. Since aku busy sedikit dengan kerja dua tiga empat hari lepas, maka hari ni baru aku memberi waktu untuk diri aku berpeleseran di blog, in short update update update :)

Semalam aku buat chocolate moist dan hari ni aku buat rainbow cake, semuanya dalam checklist number 1 yang mesti aku lengkapkan before melangkah ke satu fasa baru dalam hidup. Nak jadi seorang isteri banyak perkara yang aku kena siapkan, memasak antara yang terpenting, kalau tak nanti suami terpikat dengan makcik tomyam seberang jalan -_-"

Anioanioanio siapa pun tak mahu jadi madu okay walaupun dengan tukang masak Patani yang terer gila buat tomyam, tomyam bukan segalanya, aduh menyimpang jauh -_-" Okay okay berbalik pada tujuan asal. First sekali aku nak share resepi untuk buat Chocolate Moist, yang ni guna method mengukus, jadi pada yang takdak oven tapi nak buat kek, boleh try resepi ni :

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder.

Ayak ketiga-tiga bahan di atas, kemudian ketepikan.

Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung

Satukan kesemua bahan dalam periuk kecil kemudian masak sehingga semua bahan larut dengan api yang perlahan. Setelah masak, sejukkan dan kemudian ketepikan.

Bahan C
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara:

  1.  Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang. Setelah kembang masukkan bahan B tadi. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit, pukul sehingga sebati lebih kurang dalam masa 20 minit.
  2. Sediakan loyang. Sapukan sedikit minyak jagung agar adunan tidak melekat.
  3. Panaskan kukus, bila air dah mendidih terus masukkan adunan tersebut dalam loyang dan kukus selama 45 minit.
Bahan Topping
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
2 sudu besar gula kastor


Cara:

  1. Masukkan serbuk koko, gula kastor dan minyak jagung. Panaskan di dalam periuk dengan api perlahan. Gaul sebati sehingga serbuk koko larut.
  2. Cepat-cepat masukkan susu pekat. Kacau sehingga larut dan pastikan tidak hangit.


Gambar di atas adalah kek yang aku dah berjaya kukus, then decorate memang la motip Terukir Di Bintang kan, soooo Yuna, haha. Dengan ini selamat berjaya mencuba! :D

"I know I can and I prove I can, selamat tinggal dunia malas, lololos." - Yananot

Friday 4 May 2012

Enjoy your work, then you will feel like you are not working.

As Salam,

Hari ini hari Jumaat dan aku tak bekerja kerana aku bercuti atas sebab-sebab tertentu. Maka dapatlah aku merehatkan badan setelah penat seharian travel dari Penang ke KL, and in two weeks nak travel lagi ke KL, Janda Baik then Bukit Merah, wow sakan noh berjalan, okay semua atas urusan kerja and semenjak kerja ni aku memang suka dan enjoy sangat walau pada mula aku rasa macam "hey bila aku nak rehat?!". Aku sangat menghargai kehidupan sekarang dan dengan pergi training sana sini lah aku gained banyak benda yang aku mungkin tak akan dapat belajar kalau aku berguling di rumah sahaja. Dan dari kerja lah aku berdepan dengan berbagai pe-el manusia. Dengan kerja aku banyak belajar sabaq sabaq sabaq dan dari kerja lah aku berinspirasi untuk pergi lebih jauh lagi dalam kehidupan ni, perghhh wawasan kau! :D

By the way semalam waktu training sempat jugak la group aku buat surprise birthday parti untuk our trainer, En Fadlie. So dapat la nak berjimba kejap setelah tersengguk-sengguk aku bermain mata dengan slide, kesimpulannya hidup tak pernah lari dari teori walaupun kau dah bekerja dan logiknya pastilah hanya melibatkan praktikal, but then no way la kan, zaman dah berubah dan you still need to learn all those theories, zzzzzz serius aku memang tak boley nak pi la, haha tu pun ada niat nak further master kan kan kan, wake up lah Yana -_-"

Chocolate Indulgence by Secret Recipe

Management Trainee Batch Jan 2012

Majlis tamat, sambung kelas, zzzzzzzzz -_-"

Yeah akhirnya aku mengerti yang diri kena cukup tough bila masuk dunia bekerja, semua benda kena cari sendiri, buat sendiri, in short BERDIKARI. And then you will meet bunch of people yang dari level berbeza and of course la mind set juga akan berbeza, some of your action they can't accept and that time kau akan pening, stress dan erghhh rasa nak menjerit tepi telinga orang tu sampai pekak, but then semua tu solve ke problem kau? Sangat lah tidak dan tidak. Lepas tu ada pulak rasa nak tukar kerja lain, adakah dengan cara tu kau fikir kau akan maju? Nonsense la bebeh. Bagi aku mulai sekarang aku takda nak fikir lompat-lompat kerja dah, aku sekarang berfikir untuk membina kerjaya aku, tapi kalau ada peluang yang lebih baik datang why not aku grab kan, depends dengan keadaan aku jugak la, sekarang aku single boleh la tapi kalau dah berdua lebih baik nanti mesti la aku kena banyak merujuk keputusan dengan beliau yang tersayang, tak gitu, barulah memacu cinta ke Jannatullah, insya-Allah :)

By the way aku dapat pergi exam untuk PTD, hopefully aku lepas la exam tu dan peringkat yang seterus-seterusnya, bukan mudah aku nak sampai ke peringkat sekarang, jadi aku nak bersungguh-sungguh, tentang niat nak further Master tu pulak insya-Allah aku akan tunaikan jugak, times count :) Yang penting sekarang adalah untuk aku bersungguh dengan apa yang aku sudah peroleh. Wah tiba-tiba aku rasa sangat bersemangat dan seakan "poyo la kau", haha! -_-"

"Hidup tak datang dengan mudah, ia mungkin datang dari kegagalan, kekecewaan atau kedukaan, tapi percayalah setiap apa yang kita hadapi ada akhirnya, begitu juga dengan kegembiraan, maka hadapilah apa saja yang datang dengan tabah, hati yang redha dan penuh rasa syukur kerana walau apa yang terbaik kita fikirkan untuk kita, perancangan Allah itu tetap yang paling terbaik" - Yananot

Wednesday 2 May 2012

I know I'm strong.

As Salam,

Huargh, zaman kerja adalah zaman sebenar kita mengenal erti kehidupan, letih bagai longgar segala skru sendi-sendi aku and kalau semangat tak kuat aku rasa mungkin dah lama aku hantar surat resign, urmm urrmm sebenarnya dah beberapa kali aku bukak Word and bermimpi nak menaip surat resign but then aku terfikir, kalau aku asyik nak lari dari masalah sampai bila masalah tak akan selesai, so jalan terbaik adalah menghadapi dengan penuh kemachoan, hnss hnss aku tahu aku macho, caipoddah! -_-"

Seperti hari ni aku berkelana ke Kuala Lumpur, as usual amik train dari Wangsa Maju ke Masjid Jamek then change pergi Maluri, berhimpit-himpit sampai boleh jadi roti swiss roll, okey aku tipu, haha. Tapi jujur aku cakap letih jugak la, tak terjangka aku macam mana la kalau aku kerja dekat KL, umang aih tak sanggup tak sanggup, kos sara hidup lagi, sesak lalu lintas lagi, ohemjay ohemjay aku rasa nak pitam bila mengenangkan semua ni -_-" So aku memang respek kaw-kaw la dengan sesiapa yang cekal bekerja dekat ibu negara ni, masa ni baru aku sedar betapa bertuahnya aku yang kerja dekat dengan rumah, all inclusive, makam minum pakai buang semua, haishh tiba-tiba rasa nak sepak diri sendiri sebab tak reti bersyukur di beberapa waktu yang lalu, astaghfirulahalazim, sesungguhnya aku manusia yang sering alpa dan lupa akan rasa cukup. So sila belajar SEKARANG! And SEKARANG means NOW ye cikluparasasyukur!

Ini lah Las Vegas -_-"

And sekarang apa yang tertanam dalam diri aku adalah untuk mengumpul sebanyak pengalaman yang aku mampu, kerja tak ada yang senang, tak ada yang tak stress, tak ada yang masuk kerja hang melangut sampai balik lepas tu cukup bulan tekan duit mata bersinar-sinar, oh tak adventure langsung! Bila dah mula bekerja aku banyak berfikir, duit yang datang dari titik peluh aku, duit yang membayar segala suka duka aku, duit yang sangat aku hargai, yang bila asal gaji aku akan rewards diri sendiri sebab aku dah berusaha dengan keras dan aku berjaya melaksanakan kerja aku, mungkin in certain part aku pending sikit, tapi aku sangat optimis dengan kerja aku, so aku sangat bersyukur dengan jawatan aku sekarang, alhamdulillah!

And atas urusan kerja jugak lah aku dapat menikmati tidur di tilam empuk dengan katil besaq gila buat aku rasa nak jadi steamroll malam ni, hua hua, terima kasih Aeon Retail, saya akan menjadi seorang bakal Manager yang bagus, ehem ehem ;p

You look adorable Bedah, and you too Billowcuk!

Till then, bersyukurlah dengan setiap apa yang kamu miliki sebelum kamu tidur, ucap alhamdulillah, thank you Allah! :D

And last but not least, jadi lah insan yang sentiasa berterima kasih, sekian terima kasih :)

Thanks for your amazing service, I do feel very welcomed! :D

"I am the one who can change myself, only me. Then, when I said I'm strong, I know I'm strong." - Yananot