Wednesday 27 February 2013

Yana, apa rasa? Prepare apa?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum Yananot not not not (buat bunyi bergema macam dalam gua), entah apa hal nak dalam gua, suka hati gua la, haha :p Eh dah lama la tak bersepatah dua tiga empat perenggan dekat belog ni, rasa rindu tebal sangat SANGAT, tapi apakan daya tak mampu nak online lama-lama -_-"

Wedding countdown dah tolong kira hari bahagia aku, lagi 15 hari 18 jam bla bla bla bla. Aaaaaaaaaa, rasa dah lama sangat tunggu, hahaha apa ni Yana, sungguh tak cover. Hihi sebenarnya aku tak teruja sangat nak tunjuk rasa teruja ni, tapi sememangnya aku teruja, yeah sejujurnya :')
Bila makin dekat hari bahagia, makin banyak orang tanya. Yana, dah prepare apa? Yana, nak tolong apa? Yana, apa rasa? Yana here Yana there, Yana everywhere. El-oo-El-Essssss :p

Hurm, aku sebenarnya tak dapat nak explain aku rasa macam mana sebab aku sebenarnya macam tak percaya yang aku dah hampir nak bergelar isteri. Aku rasa macam masih muda remaja, walhal bila aku beli barang orang dah panggil aku kak, so nampak sangat aku dah berusia, uhuk uhuk. Aku sebenarnya tengah hilangkan nervesness aku ni sebab aku sebenarnya macam takut jugak sebab aku takut aku tak dapat pikul tanggungjawab jadi isteri tu dengan sempurna. Kau bayang la kalau sebelum ni bangun tidur lepak depan tivi sampai mak cakap "Eh Yana, kamu ada tak bau macam kambing dalam rumah ni?" Muehehe, aku kah kambing jadian itu? Tidak, hanya jelmaan bau sahaja, kuikuikui. Haa, bayang tengok bayang, dah 24 tahun hidup di dunia selamba mandi ikut suka bila nak mandi, bila dah kahwin kompom la dah tak boleh macam tu, nanti suami first time bau tak biasa dia pengsan harus bagaimana? Harus berubah la jawabnya CIK Yana (CIK lagi taw :p)

Maka aku berpendapat kahwin ini memerlukan pengorbanan dan jati diri yang unggul. Pengorbanan untuk lepaskan sikap malas yang aku sayangi dan berjati diri tinggi untuk istiqamah menjadi rajin dan multi-tasking :') Yeah, aku boleh. Mungkin aku tak berapa nak meyakinkan mak ayah aku, but mommah, you need not to worry, I am carrying you and daddy inside me, I mean - your dignity (both), so I'll strive my best to become isteri yang terbaik untuk menantu mak dan ayah nanti. Nama mak dan ayah tak akan Ana malukan :) Mungkin waktu tu mak dan ayah akan terasa macam " Eh Yana, dah kenapa sebelum ni tak nak pamer kebolehan tersebut?" Hahaha, biasa la mak, ayah. Hero Hindustan awal-awal dia tak menonjol, tapi last dia daebak! :D Okay, entah kenapa malam ni sembang kencang sangat, mungkin sebab teruja dapat tulis balik dekat belog. Aceceh ye la belog, padahal teruja nak kahwin dah. Opsss terbocor rahsia, fuiifuiifuii. Ini semua poyo betul -_-"

So nak tanya preparation kan? Jap aku nak pamer bahan bukti. Ngehngemngah (gelak penuh muslihat). Ini dia :

Tarikan utama yang sebabkan aku beli buku ni adalah remarks dia yang tulis "Gerenti Jadi!" tu, hahaha :p


Ya, buku resepi. Hihi orang nak kahwin benda paling awal nak kena master mesti la memasak kan? Dan aku pulak lagi 15 hari dan 18 jam nak kahwin baru beli buku resepi. Daebak betul :') Tak beli buku resepi tak bermaksud tak pandai masak, bila beli ni tandanya nak tau macam-macam jenis lagi masakan yang boleh aku buat nanti (ayat budget macam pro walhal? *senyum kambing*). Kiranya nanti rumah baru aku dengan suami-to-be aku nak ala-ala kedai tomyam, nak apa order ja. Cehhh kemain kan impian, tapi impian tu penting. Tanpa impian kita tak ada aras pengukur sampai tahap mana kita nak capai, so tahap yang aku nak capai sekarang adalah kedai tomyam, hihihi okay la tu kan dari aku letak impian rumah nak jadi restoran makanan segera :p

Aku harap aku boleh jadi tukang masak yang terbaik untuk suami-to-be nanti, mungkin la tak paling sedap, tapi memadai la tak buat encik suami makin kurus makin melidi, kalau boleh nak makin berisi, macam teddy bear, orang buncit kan seksi, hiks :p Lagipun lama-lama nanti sedap la kan, kalau masak dengan kasih sayang InsyaAllah lama-lama nanti suami suka air tangan isteri, lagipun air tangan isteri tu kan pengikat kasih sayang, Ustaz Azhar Idrus cakap. Hee hee. *blushing*

Okaylah, 15 hari yang tinggal ni nak dapatkan tidur yang cukup, demi nak muka yang bermaya (muka teruja tak payah mintak memang sedia beri dah. Bluek). InsyaAllah kalau rajin esok macam nak share tips pengantin dari pembacaan sepanjang tempoh bertunang ni, hihihi. Doakan segalanya nanti dipermudahkan buat saya ye. Selamat malam, Assalamualaikum :)

xoxo,
Yananot.