Monday 1 December 2014

Selamat Pengantin Baru Own!

Bismillahirrahmanirrahim,

Fuhhhh dah lama aku tak menaip, lepas tu nak menaip aku rasa malas, tapi sebab aku berazam nak jadi rajin aku paksa jari aku cintakan keyboard. Sat ja jari, nanti I reward you dengan cincin tikam 2 kupang, muehehe :p

Okay, last weekend adik besaq aku kahwin. Normal la kan manusia ni dah bercinta mesti la nak berkahwin. But the thing is bila kau kakak, lepas tu adik kau yang dulu selalu kau buli dan berhingus, semua benda nanti "kaklong aku nak tu, kaklong aku nak ni" tup tup dah kahwin, mesti kau adalah kakak yang macam "Own, hang dah kahwin?". Ye, Own dah kahwin. Dan aku rasa aku macam dah tua sangat dah, aku rasa aku baru ambil result SPM, tapi bila bangun tidur aku tengok suami dekat hujung, anak dekat tengah, aku sedar aku dah makin korporat, hahaha keparat lah Yana :p

So here we go, aku rasa macam aku dah lamaaaaaaa tak balik kampung, padahal aku last balik masa Hari Raya Haji dulu, kalau ikut tak la lama mana, tapi dulu masa aku kecik-kecik tiap-tiap bulan aku balik, kadang-kadang sampai 2 kali sebulan aku balik. Yeah, bagi aku kampung aku tu adalah tempat yang paling menenangkan hati. Maybe sebab jatuh bangun aku dekat situ :')

Aku rasa langit dekat kampung la paling cantik. Paling cantik waktu dalam pukul 8-9 pagi, dia amcam ada nilai sentimetal tersendiri. Couldn't explain more, such a breath-taking view :)



Jadi, on Friday tu habis ja kerja, balik rumah kemas apa patut, terus aku dan suami balik kampung, Soffia awal-awal dah balik kampung ikut tok and pah dia. Rindu aku semalaman tidoq takda Soffia sebab takdak feel tidoq yang adventure kena sepak-sepak, sebab Soffia tidoq sangattttt lasak, tapi still cute. Hehe. Then lepas Zuhur Sabtu tu 29 November 2014, kami pun konvoi la ke Lembaga Getah Malaysia, since kenduri sebelah perempuan nanti buat dekat Dewan Perdana Lembaga Getah tu. And kami pun tidur dekat LGM Lodge yang memang sebelah dewan tu ja. Suasana dekat situ kalau malam sunyi sangat, tapi kawasan dia ada privacy untuk family buat event macam kenduri ni. Still, macam tak percaya Own nak kahwin, budak yang aku pusing-pusing buaian dia masa kecik tu dah nak kahwin, just couldn't believe I am growing older. Again aku perasan muda lagi. Lols :p

Ayah yang drive, Soffia yang letih :p
30 November 2014, dengan sekali lafaz adik besaq dah selamat jadi suami kepada Nurul Huda binti Yahaya. Selamat Pengantin Baru Own. Walau aku macam tak percaya tapi aku percaya kamu boleh jadi suami yang baik, ikut apa yang mak dengan ayah nasihat and ajar kita dari kecik-kecik dulu. Aku ingat lagi masa aku darjah 1, kamu kena tidur bilik depan, aku tidur bilik belakang, tapi sebab level keberanian kamu tak penuh, tiba-tiba aku bangun tengok ada budak sesat tidoq dekat lantai bilik aku, rupanya kamu ni penakut :p Aku ingat lagi kamu conteng-conteng kabinet dapur, lepas tu aku yang pandai tolong buat note dekat contengan kamu tu "Mak, Own yang conteng." Lepas tu bila mak balik kerja aku yang kena marah sebab memang terbukti la aku yang conteng, hahaha. Dah la, aku malas nak ingat banyak-banyak sebab semua yang aku ingat tu macam aku je yang kena buli, nampak macam aku loser pulak :p

So here we go adik besaq, kakakmu ini mendoakan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga syurga. Semoga kasih sayang yang terbina berkekalan dan sentiasa mekar. Jaga isteri kamu elok-elok okay, jaga macam mana ayah jaga mak and macam mana kamu nak anak perempuan kamu nanti dijaga. Perempuan ni rumit tapi sweet, nampak susah nak faham tapi simple sebenarnya. Yang lain, sila belajar mengenali sendiri, kan kamu tak suke aku banyak cakap bebel-bebl. Lols ;p

And the rest aku malas dah nak menaip, so aku paste gambar sesiap untuk tatapan diri sendiri sebab yang baca pun diri sendiri, lepas tu husband, tu pun sebab I force him to read, hahaha kejam nau bini ni :p

Dari kiri : Pandak (kembar aku yang lahir 11 tahun awal), hantu galah (pengantin di hari kejadian), wanita berdikari (sebab dia sorang je perempuan dalam sepupu sepapat) dan Angah (geng panjat pokok manggis)

Alhamdulillah, aku dah dapat adik perempuan. Pandai masak pulak tu, oyeah!

Hantaran dari Pihak Perempuan


Hantaran dari Pihak Lelaki
Tu dia depa memang semangat Selangor, merah kuning wingwing ;)
Dua-dua geng buat kek, dua-dua sama memotong :D
Gambar keluarga. Hehe ada Soffia lah :D
Soffia ambik seri pengantin, awak cinonet lagi ye Soffia -_-"
Okay, dah bertaburan gambar pengantin dan kenduri, now aku pun nak jugak menyelit bergambar. Pengantin lama yang dah beranak satu sedang mengimbau kenangan jadi pengantin baru. Rasa macam baru je aku kahwin, tapi tengok gambar ni dah nampak Soffia yang bambam cikebum, dah nak dekat dua tahun la aku jadi isteri, haaaaa berapa periuk dah masakan yang aku dah buat sepanjang bergelar isteri ni. Muhasabah diri, heehee -_-"
Soffia dengan ayah and kakak. Hahaha kakak pun boleh :p
Alhamdulillah majlis berjalan lancar and cuti pun dah habis, So goodbye Perak, nanti cuti kami bertandang lagi. Wuarghhhhh esok kerja dan aku punya mood dok dekat kampung lagi. Punggah!



Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Soffia tumbuh gigi pandai baca kitab. Aamiin :)
I love you husband, tiba-tiba, hehe :p
The end.