Wednesday 16 October 2019

3 Series Already

Hellooooo.
Ehem ehem Assalamualaikum, hee :)

Kabur sudah mata masuk belog ni sebab dah lama betul tak sapu-sapu, hias-hias. Ekeke ;p
Well as usual yang baca belog ni pun diriku si penulis dan mungkin beberapa orang yang tertekan link belog ni dari Instagram. Haa kan kan :p Selamat datang saya ucapkan :)

Jemput la klik apa-apa yang patut dalam ni, hehe. Sebenarnya belog ni dulu wujud sebab penulis dia suka membebeal, luah perasaan bagi motivasi dan segala yang berkaitan dengan menulis.
Entah macam mana hari ni rasa nak buka lagi so ta daa jadi la post baru hari ni yang bertaju 3 Series already. Haahaa :D

Yup, I am already 31 years old this year. Tua dah, and rasanya when I am getting older, I am getting wiser, acewahhh perasan kan :p
InsyaAllah mulai hari ni kita cuba jadikan belog ni lebih bermanfaat dengan share banyak perkara yang lebih bermanfaat. Aamiin. Till then, jumpa next entry (entah bila la dia punya next tu :p)

Do I look wiser enough?
(^__^)
Yang sedar diri,
Yana.

Thursday 2 May 2019

Matahariku

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Hari-hari kita struggle untuk meneruskan kehidupan. Lain orang lain dia punya struggle. Ada yang struggle nak bangun pagi, ada yang struggle sejuk nak mandi. Tu baru perjuangan nak bangun dari katil, belum lagi perjuangan mengharungi hari-hari dengan insan sekeliling. Bahaha macam seksa ja kehidupan ni kan ;p

Sebenarnya hidup ni simple sangat. Simple dan singkat. Kalau banyak masa kita nak habiskan dengan fikir struggle kita, sampai bila tak selesai. Bertenang dan positif saja pun tak settle kan masalah, tapi sekurang-kurangnya kita tak hidup dalam keserabutan, minda kita tak cedera dengan benda remeh temeh dan paling penting kita dapat berfikir dengan relaks bila kita tenang dan positif ;)

Tajuk post hari ni matahari tapi sampai perenggan ke-4 ni tak nampak lagi nak cerita matahari, ekeke. So sis lukis je la :D

Jom pandang mentari pagi yang baru nak bersinar, tengok betapa indah sinaran dia melimpahi segenap alam. Kadang-kadang sinaran dia terganggu juga dengan awan mendung yang berarak, tapi dia tetap bersinar. Dan akan terus bersinar hingga Kiamat.

Begitu jugak kehidupan kita, keep on learning, keep on changing untuk jadi yang lebih baik. Tak kisah la gedebuk gedebak jatuh pun dalam hidup ni, bangun lah dengan steady dan terus melangkah, terus memperbaiki diri sehingga satu saat nanti kita dah takda peluang dah nak buat macam tu. Teruskan bersinar selagi kita masih "bercahaya". Kerana satu hari nanti sinaran kita juga akan padam kerana kita juga akan menempuh kiamat kecil, iaitu kematian :)