Wednesday 25 December 2013

Anugerah Terindah

Bismillahirrahmanirrahim :)


Perkara paling membahagiakan dalam kehidupan dah tiba, patut la orang selalu cakap anak tu adalah anugerah yang terindah, memang indah sangat-sangat. Alhamdulillah :D

Kalau dulu masa hidup berdua tak rasa sangat hidup ni dah berubah, sebab walaupun tanggungjawab kita jaga suami, still kita rasa macam ada part suami buat sendiri, tapi bila dah ada baby kecik ni, haaaaaa baru hang tau donia hang tu lagu mana, ekekeke :p

Baby tak tau waktu siang atau malam, dia tak faham lagi yang siang kena jaga, malam tu baru tidur, dia nak poo poo atau pun dia lapaq pun dia tak reti nak explain macam mana, yang dia tau menangis, menangis tu tandanya dia nak perhatian dari kita, samada nak cuci pampers dia, susukan dia atau nak belaian dari kita.

Sebab?

Sebab masa dalam rahim dulu tak ada matahari, so pencahayaan dia aku rasa 9 bulan tu lebih kurang ja, so dia tak tau la malam kena tidur, siang tu la yang jaga. Jadi kalau baby kita waktu siang dia tidur and waktu malam dia jaga, itu adalah perkara biasa, baby akan belajar mengikut masa. So it just matter of time, sebagai ibu kita kena jadi manusia paling penyabar dalam dunia :)

Hari ni genap 7 hari usia baby Annur Soffia, Alhamdulillah dah beri nama yang InsyaAllah moga memberi kebaikan - cahaya yang menawan, semoga Annur Soffia berjaya menawan hati ibu dan ayahnya dengan menjadi anak yang solehah ye sayang. Muah ciked ;)

Ibu sayang Annur Soffia, walaupun Soffia malam waktu ibu nak lena tu lah waktu dia berjaga dan nak nenenenenenenenenene. Lulz :p

Tuesday 3 December 2013

Realiti Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sekarang dah masuk bulan Disember. Bulan yang bahagiaaaaaa sebab banyak orang kahwin, kad kahwin dekat rumah den ni ho dah bertingket-tingket. Macam-macam design ada sampai tengok ja kad kahwin cute terus rasa nak kahwin sekali lagi. Hahaha :p Tapi tak tau la dapat atau tak pergi semua kenduri sebab mostly kenduri bulan ni banyak yang tengah nak ke hujung-hujung bulan and time tu pulak baby dah get ready nak tengok dunia luar, hee so mana yang sempat ye, yang tak sempat meh nak wish siap-siap. Selamat berbahagia hingga syurga kawan-kawan yang tersayang, moga masjid yang dibina sentiasa dalam rahmatnya, Aamiin :)

Okay bila cakap pasal kahwin ni aku nak la jugak share serba sedikit tentang kahwin ni. Belum pun sampai setahun kahwin dah nak share, budget berpengalaman betul, hahaha :p Bagi aku pengalaman ni belum tentu berdasarkan berapa panjang kita dalam satu situasi tu. Tapi betul la, waktu mengajar kita, so lagi lama waktu lagi macam-macam kita dah hadapi. Tapi dalam banyak-banyak pengalaman, kesilapan la yang paling banyak mengajar kita :) Aku tak cakap yang aku kahwin ni hanya nak buat silap dan lepas tu belajar. Nope. Tapi selama apa yang aku hadapi, mana yang boleh share tu better aku share, sebab nanti mana tau ada yang mengalami macam aku ke kan kiranya tak lone ranger la sebab setiap manusia menghadapi pelbagai ranjau kehidupam. Ewahh ;p

Cakap je pasal kahwin semua mesti teruja, mana yang bercinta tu tipu la kalau tak ada rasa nak kahwin dengan orang yang dia cinta. Mesti ada berangan nanti hidup bersama, ada baby comel, acecey ada kan ada kan? Sebelum kahwin and masa dalam preparation nak kahwin ni kita banyak imagine yang indah tentang sebuah perkahwinan. Well, itu biasa. Aku pun macam tu jugak dulu, ekeke :p Aku tak bermaksud nak cakap itu semua dusta sebab sebagaimana yang telah dianjurkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

"Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan."


Wednesday 13 November 2013

Setelah Sekian Lama :D

Bismillahirrahmanirrahim :)

Lamanya rasa tinggalkan belog ni. Lamanya rasa tak potpet dekat sini. Lamanya lamanya lamanya. Hehe I miss you Yananot! Biasa la dulu hidup aku sebagai orang bujang, lone ranger mesti la cari medium nak membebel, tapi sekarang dah ada abam sayang memang la aku semua pon nak cerita dekat abam sayang kan. Oh sentap belog kan, macam aku ni kacang lupa kulit pulak. Sorry belog, loves can change a person. Hahaha terasa kejamnnya aku.

Anyway sekarang aku cuba beri kasih sayang yang sama rata okay ;p

Okay lah, sebenarnya aku banyak buat entry yang Part 1 dulu kan. Rasanya macam takdak ja aku nak sambung ke Part 2 apatah lagi Part 3 kan. Sebab waktu sangat berharga sekarang. Nak pulak dulu kalau aku menaip perut steady ja. Sekarang perut dah berlaga dengan keyboard. Haha tak cool okay untuk baby :p

So aku rasa sekarang aku mesti tak banyak buat entry. Sebab aku tak tau pun nak cerita apa. Maybe bila rasa nak share something baru aku kongsi dekat sini. Tapi dalam kepala sebenarnya banyak benda aku nak tulis cuma macam tu la, masa tak mengizinkan. Satgi aku ada perassan yang macam abam sayang dok jeling-jeling sebab fokus dekat komputer dari dia. Amboi, dia ada Dota kot. Fair la kan. Mihmihmih :p

Mungkin lepas ni belog aku akan jadi macam belog akak-akak yang sembang pasal baby, tips rumah tangga, share resepi masakan. Al maklum la hidup ni ada anjakan paradigma dia. Dari remaja jadi bini, dari bini jadi ibu, lepas tu dah stok makcik-makcik dah, belog pon pandang sebelah mata je la kot. Amboi, hahaha :p

So sekarang ni aku tengah dalam fasa seorang isteri yang tengah tunggu nak jadi ibu. In sha Allah dah tak lama lagi. Kalau ikut due 22.12.13 ni tapi aku hari-hari pujuk baby suruh keluar 11.12.13 sebab cantik tarikh hari tu. Adoi la ibu ni kan, tak bersabar betul. Serius indah pengalaman time pregnant ni. Alhamdulillah Allah hadiahkan perassan ni. Aku harap baby aku sihat, terpelihara sampai la saat aku boleh gomol-gomol dia nanti :D Konon dulu aku nak buat la diari pregnant. Tapi harapan je la. Tak rajin aku nak mengadap komputer lama-lama time tu. Tapi nanti macam nak share jugak pengalaman waktu pregnant and tips-tips yang orang lain share sebab mungkin nanti boleh membantu ke kan. In sha Allah :)

Hehe konon time ni nak seprais abam sayang la cakap dah pregnant. Dalam tu aku letak result urine test yang aku dah buat. Hehe disebabkan kalau aku letak yang line tu nanti abam sayang tak faham so aku berdedikasi pi beli yang digital punya sebab senang dekat situ dia stated terus PREGNANT and berapa weeks. Straight to the point terus. Kalau letak yang line tu satgi kesan dia lambat sebab kompom abam sayang blur benda apa ni dan mungkin akan mengurangkan rasa keterujaan beliau. Fuhh panjang aku fikir sampai macam tu kan. Noob betul :p

Okay, rasanya tu je kot aku nak share malam ni. Entah la kenapa terlebih rajin pulak hari ni. Mungkin sebab hari ni baru badan aku rasa bertenaga kembali setelah masuk 5 hari aku tak berapa nak sihat. Till then, fingers stop dancing and huarghhhh sleeping time. Bui bui ;D

Assalamualaikum :)

Saturday 13 April 2013

Hooneymooney Part 1 (Penang)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Banyak orang cakap Penang ni best. Aku sampai blur dekat part mana yang bestnya. Haha maklum la dari kecik memang dok Penang, so dia dah neutral sebab hari-hari bau mamak, kikiki ;p Eh mee goreng mamak sedap tau, tiba-tiba cakap pasal makan kan, lately aku memang monster allergy, allergy tengok makanan terus jadi monster, so boleh panggil aku monster allergy, kehkehkeh :p




Assalamualaikum. Nama cek Yana. Cek nak bawak hangpa ronda Penang hari ni. Jom ikut cek mau? :p


Okayh, yang ni kiranya firstttttt honeymooney aku dengan hubby, sweet la sangat kan sebab pergi naik ferry tangkap gambar yang kononnya sekeping dua tu then makan lepas tu aku rasa letih terus lenaaaa dalam kereta sampai balik. Sweetnya la isteri ni kan. Suami jugak drive dengan hati yang cekal sorang-sorang. Terima kasih suami, muehehe :p

Suami isteri dok buat gaplah jingga renyih macam kerang depan kamera. Amboi cewi depa. Amboi pekat Penang hangpa :p

Okay, first sekali kami pergi makan, seperti biasa, penuhkan tanker perut sebelum tengah jalan meragam dok bising kata lapaq kan. Dah nama pun lapaq makanya sorry la nak snap picture dulu ka, memang terus Bismillahirrahmanirrahim aummmm selamat masuk perut, tengok pinggan dah licin terus "Ala, lupa nak snap picture.." Haha haruskah hidup semua benda nak kena captured? Haa baru masa tu la mengerti yang hidup realiti ni lagi indah dari semua nak masuk cerita, tapi eh ni bukan cerita jugak ke kan? Poyo Yana ni poyo :p

Okayh, sebenarnya tujuan utama entri ni nak cerita pasal satu tempat baru yang dah jadi attraction dekat Penang ni. Hurm, mungkin tak baru bagi orang lain, tapi baru bagi aku yang baru discover tempat tu. Haha pending betul, boleh kot balik duduk Korea lepas ni, lepak dengan Jong Kook oppa minum kopi sama-sama. Budget :p

Penang Street Wall Painting

Yeah, kreatif kan lukisan-lukisan ni? Okay, buat yang jenis tak boleh berpisah dengan kamera tu aku rasa tempat ni memang sesuai sebab kalau orang datang pun memang tujuan dia nak tangkap gambar dekat sini. Takda la lagi aku tengok orang datang semata-mata nak tengok dan pandang dinding tu ja, yang datang wajib snap picture, kalau suami tak nak isteri dia kompom tak tolak. Just like me :p

Kalau tanya exact tempat aku nak explain pun tak tahu sebab mural ni dia lukis dekat celah-celah lorong, dah nama pun Penang Street Wall Painting kan, so memang takda la istilah bayar tiket, masuk dalam satu kawasan and snap picture. Kalau muzium ye, tapi yang ni nehi khabi nehi. Cari la celah-celah lorong mana yang berlukisan lepas tu snap je la gambar umpama jurufoto terkenal. Ewahh, haha.

Last but not least aku nak share lagi antara mural yang ada dekat celah-celahan jalan di Penang ni :D

Fantastik. Kalau tak sebab bateri phone kiok kiok dah lama full memori phone aku. Lols :p

Jadi, apa tunggu lagi, kalau tak tau jalan GPS kan ado, search dan ikut ja arahan InsyaAllah sampai. Selamat meneroka Penang :)

Friday 29 March 2013

Yang Terindah ❤ (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :'D

Akhirnya saya dah jadi Puan. Puan Yananot, ehem ehem :p

Okay stuck dan kita jump to new paragraph sebab entry dah terkepuk seminggu dekat draft, muehehe :p Hidup bersama orang yang kita sayang dalam ikatan yang halal sangat indah. Sekarang saya dah faham kenapa kawan-kawan yang dah awal lagi kahwin cakap "Rugi tau tak kahwin awal". So saya pun nak cakap jugak lah macam tu "rugi tau tak kahwin awal", kehkehkeh ;p Tapi banyak benda yang kita kena belajar sebelum tempuh alam perkahwinan ni, seriusly! Haa nampak tak tanda seru? So memang sangat penting and please dari sekarang dalami apa itu erti isteri yang solehah (ni saya cakap dekat diri sendiri) tapi kan, yang belum berkahwin pun dah kena start belajar sebab tak kan dah kahwin baru semuaaaaaa nak belajar (macam Yananot). You know what, kalau dah kahwin baru nak dalami lagi tanggungjawab dan segalanya tentang perkahwinan, kita akan rasa stress and keep on commit mistakes, tapi yang paling takut sekali mesti la commit sins, so hati dan perasaan suami kita kena jaga, how nak jaga? Belajar dan belajar. So far saya banyak baca buku sebab masa kenduri hari tu dapat sangat banyak buku agama dan buku tentang hidup berumah tangga, terima kasih sahabat sekalian, hadiah ilmu yang tak terperi nilainya, sobsobsob terharu mak nak :') Then saya tengok jugak kuliah Ustaz Kazim dan Tanyalah Ustaz and Ustazah, dan kuliah agama yang sewaktu dengannya, kena tengok banyak-banyak dan lebih kerap lagi sebab kalau start tinggal cepat je la kan syaitons masuk jarum menggoda, homaigat -_-" And Alhamdulillah juga kawan-kawan yang dah kahwin selalu bagi nasihat yang berguna, so saya rasa mudah sikit, Alhamdulillah Alhamdulillah :D

Too much presents, cute-cute pulak tu. Dah boleh bukak kedai. Penuh ruang tamu, bilik tidur. And ada yang tak bukak lagi sampai hari ni. Hihi, Thankssssss korang, saya sangat terharu dan bersyukur, Alhamdulillah :')

Panjang bona mukadimah den lo heh. So now saya nak masuk part kenduri. Pertama sekali BIG THANK YOU and LOTS OF LOVES untuk keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan dari kecik sampai tua, kawan-kawan kerja dan semuaaaaaaa yang terlibat masa kenduri hari tu. Saya tak tau nak explain macam mana rasa penghargaan saya ni cuma doa yang dapat saya panjatkan dan semoga Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua, MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU GUYS :')

Untuk keluarga dan saudara-mara, terima kasih tak terhingga, memang daebak lah and I owe all of you my life! Okay itu sahaja, hahaha hari tu dah buat ucapan kan, so dekat sini saya potong and sambung penghargaan dekat kawan-kawan la eh :p

Untuk jiran tetangga yang memasak, merewang sebab kenduri guna konsep gotong-royong, hihi saya rasa sangat bahagia mempunyai jiran yang paling terbaik, jiran yang sangat cute dan jiran yang sangat caring. Macam-macam ada, banyak pengorbanan dan peluh keringat yang keluar, saya tak tau nak balas macam mana, jasa yang saya akan kenang sampai bila-bila :')

Untuk Cik Ieda kesayangan saya selamanya, thanks sebab dari kecil sampai saat saya nak bersuami setia temani saya. Dalam hidup ni akan ada seorang sahabat yang sangat berharga dan umpama keluarga kita sendiri and you are the one, nanti kenduri hang aku pulak bertungkus lumus okay. And untuk semua teman-teman sekolah dari kecil dulu kita main kejaq-kejaq sama-sama, yang ada kelas tapi sanggup skip, hihik. Thanks Sheril, Ina and Inas :D Untuk member UiTM dulu yang dari jauh datang, thanksssss korang! I love you darling-darling!:') Untuk Team Aeon SPC, thanks sudi luang masa ke kenduri saya, thanks sebab banyak tolong, bagi kata-kata semangat, thanks! Waaa tak dapat nak sebut semua, sorry taw if kenduri saya hari tu ada terkurang and terlepas pandang kat mana-mana. Thanks sebab sudi hadir and thanks for being a part of my wonderful life!  :'D

Bercerita bab kenduri, kenduri pihak perempuan berlangsung 16 Mac lepas, sehari selepas saya selamat dinikahkan. Sebak tau time nikah tu, rasa dia macam nak berpisah jauh dari keluarga, rasa macam ayah dengan mak nak bagi kita dekat orang lain :'( Tapi Alhamdulillah orang lain yang disebutkan tu orang yang kita sayang, yang kita impikan untuk hidup dengan dia, yang hari-hari akan ada saat kita susah dan gembira, Insya-Allah :')

Muka senyum tapi dalam hati Ya Allah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui :')

Dengan sekali lafaz saya akhirnya halal buat Mohamad Ridzuan :')

"Barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh, " Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku." - HR. Ibnu 'Addi

Alhamdulillah atas nikmat perkahwinan ini Ya Allah :)


Haha, memang dah lama nak picit hidung Yuyu sebab mancung sangat :p

Kalau dulu nak bermesra limited, sekarang unlimited plus dapat pahala lagi, picit hidung pun dapat pahala, ngeh ngeh ngeh :p Oh ya, untuk attire nikah ni saya sewa ja, nak buat macam costing pulak, makanya saya dengan berbesar hati sewa, hihi. Kejap nak bagi link butik pengantin ni, boleh add dekat FB, saya rasa berbaloi sangat la pakej butik ni. Sangat affordable and harga pun sangat-sangat amazing (tutup mulut sendiri, poyo :p) BUTIK PENGANTIN SERI MAWAR.

Saya ambil pakej sekali dengan hiasan bilik tidur dan pelamin. Baju pulak saya sewa 3 pasang (nikah, kenduri perempuan and kenduri lelaki) dan harganya below RM3000 and to be exact pakej yang saya ambil ni RM2500 sahaja. Untuk pelamin saya request nak yang sangat simple sebab saya tak buat bersanding, and pelamin pun dalam rumah je untuk tujuan tangkap gambar dengan family, saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan :D Jadi kawan-kawan dekat area Kepala Batas, Bukit Mertajam boleh la datang and survey harga dekat butik ni, maybe ada perbezaan harga sebab saya buat tempahan penghujung 2012 and now dah 2013, tapi apa yang boleh saya cakap servis depa memang daebak lah! :D


The more I stay with you, the more I love you :)

Okayh, yang ni hiasan untuk bilik pengantin :)

Sebenarnya ada bangku tapi time ni sebab nak buat pembatalan air sembahyang, so ganti dengan lapik duduk dulu :)
Ini baju untuk kenduri pihak lelaki, pun dari Butik Pengantin Seri Mawar and mekap time ni pun dari butik tu :)

Ada jugak kawan-kawan tanya saya dekat FB kenapa tak upload gambar kahwin lagi. Hahaha dah jadi pengantin memang tak ingat dah nak bawak kamera sendiri tangkap gambar and nak mintak tolong orang lain pun kebanyakan sibuk dengan kerja masing-masing. So, kena tunggu photographer siapkan gambar barulah ada gambar. And that's why sangat penting kena ada photographer untuk wedding sebab wedding kita hari tu je lah, so if you don't capture that moment, bila lagi kan nak captured? Maka saya nak promote photographer yang saya hired untuk wedding day saya hari tu dengan berbesar hatinya :D


Lokasi : Kawasan KTM, Kilang Gula Prai, Penang

Yang ni teaser dulu, Insya-Allah bila saya dah dapat gambar nanti saya akan update untuk Part 2 pulak, so korang boleh la nanti tengok hasil kerja Oky Rahmans and The Gang :D Saya memang sangat berpuas hati and diorang pun sangat ohsem, so korang tak akan macam kayu bila nak posing, even Yuyu pun rancak posing, segak tampan hubby saya diorang buat, nicest nam-pyeon ever, muehehe ;)

And last but not least, yang membezakan muka hari kenduri dan muka hari biasa - jurumekap ;) Alhamdulillah masa kenduri hari tu saya berjaya booked Kak Fyna, rasanya ramai kenal Kak Fyna ni sebab dia memang sangat pandai mekap and popular dekat blog dan jugak FB. Mekap dia sampai ke petang tak pecah and the best part about her mekap kan, rasa sangat light and senang nak cuci :D Buat yang tak kenal Kak Fyna lagi boleh la like Page dia dekat FB, Fynahereblog. So saya nak share muka mekap dengan muka tak mekap diri sendiri :)

Oh ya, yang before tu saya pakai celak mata jugak, tabiat memang suka pakai celak mata dari kecil :p

Time tengah touch up. Syok ada orang lukis-lukis muka kita :D

Tengok betapa mekap mengubah anda menjadi puteri, kira sesuai la kan dengan gelaran Ratu Sehari, sehari tu je la, hohoho tapi dah memadai, penat walau kita macam ratu, katanya la kan -_-"

And ni pulak hasil mekap di hari kenduri saya, gambar saya copy dari Fynahereblog and now paste dekat Yananot pulak, mohon izin ye Kak Fyna, hihi ;)

Totally loving it! :D

Yeah and there she is, MUA saya di hari bahagia, Kak Fyna :)

Okay idea nak tulis entry dah tandus sebab fikiran saya dah terganggu dengan makanan, kruuk kruuk perut dah lapar, hoho. Lately saya memang fikir makanannnnnnnnnn almost most of the time, hahaha betul orang cakap bila bahagia selera makan kita bertambah, selera makan saya sekarang ni dah increase 200%, omomomo lepas ni tengok saya mesti ingat tong dah, hadeh -_-" Anyhow, who cares, bentuk badan bukan segalanya, tapi kena jaga juga demi nak cantik selalu depan suami :)

Ouch, lupa pulak, sebab dah sebut pasal makanan baru ingat tentang kek wedding hari tu, ohoiiii macam mana boleh lupa, haha :p Kek wedding saya sponsored dari adik sendiri sebab dia pun yang buat kek tu, and if sesiapa ada nak order kek dekat area Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, kira KL and Selangor boleh contact dia dekat FB, just bukak this link and add beliau Amer Rashid :)

Isi dalam kek adalah cheese cake and chocolate cake ;)

Okay, that's all untuk Part 1 ni, cacing dalam perut saya dah berbunuhan sebab lapaq sangat dahhh ni -_-" Insya-Allah untuk Part 2 nanti saya akan share pulak pasal photobooth, gift box and and apa-apa yang boleh dishare lagi lah tentang wedding, mungkin ada yang nak get advised preparation or apa-apa Insya-Allah saya cuba bantu, but most of all, dalam nak menjadikan wedding kita ni memorable kena ingat jugak yang wedding ni pintu gerbang ke alam perkahwinan ja, rumah tangga tu nanti isi dia, so which one that you think is the most preferable for you to decorate? :)

Don’t make your wedding a pleasant memory in this life but a source of misery in the next. Make it an eternally good memory. In trying to have a halal wedding, you might sacrifice many relationships but the opposite might mean sacrificing the only relationship that will matter in the hereafter for a bunch of people who don’t even really care about you. Don’t make one night the cause of your regret for an eternity.
-Shaykh Omar Suleiman.

Sekian, As salam.

xoxo,
Yuyu's A-nae ♥.



Thursday 7 March 2013

Aku bangga bapa aku seorang polis.

Bismillahirahmanirrahim.

Tadi aku terbaca tentang penggelaran "anjing kerajaan" kepada polis. Again mereka samakan polis dengan anjing. Agak-agak kalau polis tu anjing boleh la kot dia pegang pistol, dia berkawad tabik hormat. Terer betul. Aku tak faham betul dengan politik Malaysia ni. Serius tak faham dan rasa tak nak faham. Kenapa nak selar-selar orang macam tu? Aku sokong polis nanti orang cakap aku orang kerajaan pulak kan, biarlah, typical Malaysian thinking memang macam tu. Aku cuma insan yang cintakan keamanan, aku pun tak pernah ingin nak join politik dan sembang muhong lepas tu orang respect. No, tu bukan aku. Tapi bila cakap polis tu anjing kerajaan aku SANGAT SANGAT rasa sentap. Ya, ayah aku polis dan aku sentap, tapi kalau ayah aku bukan polis pun korang tak layak nak selar pekerjaan seseorang tu dan samakan dengan binatang. Pity you guys yang tak dapat bezakan manusia dan binatang. Boleh masuk tadika balik dah kot.

Hanya anak-anak polis yang mengerti macam mana jadual kerja seorang polis. Time raya orang lain pagi-pagi boleh cium tangan mak ayah, anak polis macam aku ni harapan la nak cium tangan ayah pagi-pagi raya tu. Orang lain weekend mak ayah dekat rumah, malam pulak boleh gathering dengan family depan televisyen, tapi anak polis ni, bukan rutin kami macam tu. Dulu ayah aku polis hutan, lagi la kadang-kadang dua bulan dalam hutan. Semua sebab keamanan negara. Berkorban masa dan tenaga lepas tu orang lain senang je nak label polis tu "anjing kerajaan". Kalau ya pun benci dekat kerajaan, benci kerajaan la, apa pulak nak combine polis dengan anjing kerajaan? Pekerjaan seseorang dalam mencari rezeki bukan modal okay nak isukan dengan politik. Sebab tu aku benci politik dekat Malaysia ni, maaf la, tapi dah memang tak suka, jadi antonim dia benci la.

Bila dengar nama polis setengah orang ni macam alergik, dalam fikiran dia polis ni kerja muhong, polis ni kuli batak kerajaan, polis ni makan rasuah, polis ni bajet je. Lepas tu dia semuaaaaaaaa betul. Kalau dah betul sangat cuba ambil senjata lepas tu pi berjuang untuk negara tengok, ni kerja nak menyelar orang ja, nak jadi hero dekat Facebook, budak tadika pon boleh. Memang ada segelintir polis yang mencemar nama polis, tapi nak selar polis in total adalah sangat tak rasional. Respect la sikit hati dan perasaan mereka yang keluarga dah terkorban demi perjuangan negara ni. Cuba kalian dekat tempat mereka?

Sudah-sudah la dengan politik ni, dari elok aman pun orang boleh bergaduh sebab politik. Tolong la pandang isu Lahad Datu ni sebagai rakyat yang cintakan negaranya. Tinggalkan la politik tu sekejap. Kita support la polis dan tentera kita, doakan yang terbaik untuk mereka, doakan keselamatan mereka, doakan Malaysia kita harmoni dan jauh dari niat jahat penceroboh. Sudah-sudah la kita berbalah orang ni salah orang tu salah, at the end tengok lah siapa yang paling banyak berbalah? Melayu okay Melayu! Bangsa lain tengok senyum ke pipi tunggu perpecahan kita. Sayang la bangsa kita, sayang la negara kita, perjuangkan lah agama kita! Untuk polis dan tentera sekalian, terima kasih kerana kekal memperjuangkan negara, terima kasih kerana tidak berpaling walau berhadapan peluru realiti dan peluru tohmahan masyarakat yang tidak bersyukur untuk menghargai keamanan. Terima kasih kerana semangat mara yang tak pudar, saya bangga dengan anda. Fighting fighting!



Ini ayah aku, seorang polis. Yang mengajar aku menjadi aku hari ni. Takda pulak aku jadi mafia kan? Yang berpesan pada aku kerja yang halal memberikan hidup yang berkat. Yang berpesan supaya aku hormat orang lain. Takdak pulak aku mencaci dan menghina mereka yang menggelar polis itu "anjing" kan walhal tahap kegeraman aku sungguh meluap-luap? Dan paling penting ayah aku tak pernah cakap "Yana, undi lah UMNO, PAS, PKR, DAP and whatsoever parti lagi". Yang ayah aku ajar "Yana, bila tiba saat nak undi nanti, undi la pada yang benar dan betul." Bukan atas dasar BR1M, bukan atas dasar perjuangkan Islam tapi cara mencaci dan menghina dan memaki dan melabel orang suka-suka hati, bukan atas dasar matlamat menghalalkan cara. So nak tau undi aku? Undi adalah rahsia. Sekian terima kasih :)

Semoga dikurniakan hidayah dari Allah buat aku dan buat kalian juga, hidayah untuk memilih yang benar. Assalamualaikum :)


Loveline. Yana & Wan :)

Bismillahirrahmanirrahim.



Alhamdulillah I found you!
:')

2002 - Naik bas, nampak mamat macho pakai lebai, muka bersinar. Jantung dup dab dup dab. Dalam hati cakap "Eh kenapa ada rasa macam ni?". Abaikan, balik and gila bayang sorang-sorang. Ok fine, first time gila bayang, so gelabah, haha :p Lepas tu berkat dari spy dapat tahu nama mamat macho berlebai tu "Wan Pokemon". Ahaaaa, so cute! Rasa macam ada chemistry sebab saya suka sangat Pikachu, start dari hari tu tak miss tengok Pokemon sebab tengok Ash Pokemon ingat Wan Pokemon sebab rambut sepesen, cacak-cacak, okay angau dah -_-" Mulai hari kejadian semangat naik bas pergi sekolah. Dah tak memerap ayah suruh hantar pergi sekolah. Kikikiki :p

2003 - Bulan Mac, dapat tahu Pokemon tuisyen tempat yang sama. Perghhh lagi senang la nak stalker. Okay dapat tahu dia minat Arsenal sebab suka pakai jersi Arsenal. Mula layan bola, malang sekali terjatuh cinta dekat David Beckham lah pulok, so saya pilih Manchester United and tak layan la Gunners, since that day update diri sendiri pasal bola, supaya nampak cool dan boleh diajak bersembang. Malang sekali tak berpeluang pulak nak tegur. One day, pertengahan Mac, mamat Pokemon tegur, kuikuikui :D Dunia rasa bunga-bunga. Kalau lagu Ana Raffali Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dah keluar masa tu kompom jadi lagu tema cinta syok sendiri. Satu hari tu masuk toilet pun renyih, bahaha gedik sungguh. Malu pulak bila ingat-ingat :p

still 2003 - Jadi kawan baik. Tukar-tukar soalan percubaan PMR. Sembang kencang apa Pokemon minat saya pun minat, walhal study sampai berpeluh dahi kot benda yang dia minat, semuanya sebab nak nampak HEBAT, gelabah betul. Tapi usaha tangga kejayaan, dapat jadi kawan baik and teman luahan rasa tak puas hati dengan member, teman tanya pendapat, teman sembang, teman gaduh, teman nak tacing, priceless! :D Lagu tema time ni Sayang-Menyayang by Siti Sarah and Jamal Abdillah. Lagu mainan dalam hati sendiri je la, takdak tuju-tuju lagu, malu kalau cinta bertepuk sebelah tangan. Lagipun fikir muda lagi, malang sekali hati meronta nak bagitau jugak, so first ayat dari mulut saya "Wei Wan, aku suka dekat hang." Malu, letak telefon. Rasa loser dah. Hahaha budak-budak baru nak up suka buat benda tak semegah, haih -_-"

and still 2003 - Continue to be best friend. Tapi dalam hati ni, you are more than my best friend, ada istimewa sikit. Tapi rahsia dalam hati sendiri je la, kang macam pompuan psiko pulak asyik nak luah perasaan. So cool je, kalau dah jodoh tak ke mana kan ;)

2004 - Pokemon dah pi sekolah teknik, nama bertukar jadi Cik Gan, and me? Still the noob Yana, lampi memanjang, but then tu la uniknya saya, okay perasan, gugugagagege :p First week orientasi lost contact, ingat dah lupa tapi Cik Gan calllllllllllllllllllllllllllllllll, perghh bunga-bunga lagi dunia, sepanjang hari senyum, macam kambing, bekkk, haha :p And still, "best friend" :D Oh, lagu tema time ni Only One by Yellowcard. Lagu ni dah berani nak tuju-tuju sebab macam confident dah tak tepuk tangan sorang-sorang, muehehe :D

2005 - Dua-dua ambil SPM, masa ni jugak baru start pakai Nokia 3310, kalau tak public je, tak pun telefon rumah, again, priceless, fasa zaman kudo sampai zaman smart phone dah la ni. Too much sweet memories :D

2006, 2007, 2008 - Maka bermula lah episod pengajian tinggi, komitmen semakin tinggi dan cabaran plus dugaan tak henti-henti. We share lots, we learnt lots and Alhamdulillah we made it sampai habis belajar, 2009.

2009, 2010 - Saya sambung study dekat Shah Alam, Wan dah start kerja. So bermulalah perhubungan jarak jauh. Frequent contact, trust and percaya kalau ada jodoh tak ke mana, we made it, again, Alhamdulillah. Gaduh-gaduh kejap I need break kejap I need time kejap I need you, biasa la tu kan. But still, best friend of all, my Yuyu, macam-macam gelaran, haha, Yuyu tu come from "you". So berkonsepkan dabel the happiness, maka jadilah "you-you". Ooo sweet *sambil tutup mulut dengan kedua tapak tangan*. Hahah budget ghi-yut. Puii :p

2011 - Grad and kerja. Yuyu cakap nak hubungan yang lebih pasti. Fuhh pantas cergas. So Disember 2011 kami pergi kursus kahwin. Macam tak percaya dah sampai tahap ni, but again Alhamdulillah, perhubungan ke arah yang lebih diberkati, yang halal. Meronta hati tak sabar nak cinta yang tulus dan suci, yang hanya ada pada ijab dan kabul :')

2012 - Engaged. Dugaan bertunang sangat hebat, tapi berkat sabar, berubah mana yang tak okay tu and take things easy plus positif positif positif, Alhamdulillah 2012 dilepasi dengan kegembiraan bergelar tunangan kepada kawan baik, kekasih hati, kawan fight, hee hee :)



2013 - Almost 3650 hari yang dah berlalu, now baki 8 hari lagi untuk saya bergelar isteri. Sesungguhnya tak tau nak gambar apa rasa dia. Dah lama saya tunggu, saya nak memulakan kehidupan yang lebih diredhai. Bercinta tanpa ikatan kadang-kadang buat hati rasa resah, sebab rasa this is not the right way, bercinta dating bercinta dating, tau salah tapi iman yang senipis bawang ni buat diri rasa kalau tak jumpa pi makan sekali nanti tak romantik la tak sweet la, tak sayang la. Waddehek la kan tapi tu lah realiti. Saya pun macam tu, therefore I am hoping my marriage will lead me to be someone better, nak jadi isteri yang solehah, nak jumpa Yuyu tersayang bukan dekat dunia ni ja, tapi sampai syurga nak jadi bidadari Yuyu, aamiin :') Saya ni nampak sangat teruja ya amat, takut juga nak teruja tapi memang teruja dan tak dapat nak cover rasa teruja ni, maka doa saya agar semuanya berjalan dengan lancar. Mohon rakan-rakan juga doakan yang terbaik untuk kami ye? :')




Dear Mohamad Ridzuan a.k.a Yuyu oppa,
Terima kasih kerana sudi melengkapi kekurangan saya dengan kefahaman awak yang extra bombastik tu. Tabik hormat toink toink, hehe. Tak ada orang yang faham saya lebih dari awak faham saya :') Awak selalu tanya, kenapa pilih saya? "Saya tak memilih awak, tapi Allah anugerahkan awak untuk saya. Since the first day I met you, I know I never want to meet other guys." Ni bukan drama tau, yang ni setulusnya dari hati. Walau saya banyak kurang saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk awak. Bantu saya untuk bergelar isteri yang hebat ye, yang patuh dekat suami dan tak kuat bebai, kuikuikui :p Saya nak rumahtangga kita nanti subur dengan nilai-nilai Islam, bimbing saya yang banyak khilaf ni eh. Fasa baru and azam baru buat kita, InsyaAllah, moga Allah redha dan usaha kita dalam restu-Nya, aamiin :)



Oh ya, saya nak tuju lagu boleh? For the Rest of My Life by Maher Zain, tapi versi seorang bakal isteri untuk bakal suaminya yang daebak! :)

Lots of loves,
Bakal isteri Yuyu oppa ;)

Wednesday 27 February 2013

Yana, apa rasa? Prepare apa?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum Yananot not not not (buat bunyi bergema macam dalam gua), entah apa hal nak dalam gua, suka hati gua la, haha :p Eh dah lama la tak bersepatah dua tiga empat perenggan dekat belog ni, rasa rindu tebal sangat SANGAT, tapi apakan daya tak mampu nak online lama-lama -_-"

Wedding countdown dah tolong kira hari bahagia aku, lagi 15 hari 18 jam bla bla bla bla. Aaaaaaaaaa, rasa dah lama sangat tunggu, hahaha apa ni Yana, sungguh tak cover. Hihi sebenarnya aku tak teruja sangat nak tunjuk rasa teruja ni, tapi sememangnya aku teruja, yeah sejujurnya :')
Bila makin dekat hari bahagia, makin banyak orang tanya. Yana, dah prepare apa? Yana, nak tolong apa? Yana, apa rasa? Yana here Yana there, Yana everywhere. El-oo-El-Essssss :p

Hurm, aku sebenarnya tak dapat nak explain aku rasa macam mana sebab aku sebenarnya macam tak percaya yang aku dah hampir nak bergelar isteri. Aku rasa macam masih muda remaja, walhal bila aku beli barang orang dah panggil aku kak, so nampak sangat aku dah berusia, uhuk uhuk. Aku sebenarnya tengah hilangkan nervesness aku ni sebab aku sebenarnya macam takut jugak sebab aku takut aku tak dapat pikul tanggungjawab jadi isteri tu dengan sempurna. Kau bayang la kalau sebelum ni bangun tidur lepak depan tivi sampai mak cakap "Eh Yana, kamu ada tak bau macam kambing dalam rumah ni?" Muehehe, aku kah kambing jadian itu? Tidak, hanya jelmaan bau sahaja, kuikuikui. Haa, bayang tengok bayang, dah 24 tahun hidup di dunia selamba mandi ikut suka bila nak mandi, bila dah kahwin kompom la dah tak boleh macam tu, nanti suami first time bau tak biasa dia pengsan harus bagaimana? Harus berubah la jawabnya CIK Yana (CIK lagi taw :p)

Maka aku berpendapat kahwin ini memerlukan pengorbanan dan jati diri yang unggul. Pengorbanan untuk lepaskan sikap malas yang aku sayangi dan berjati diri tinggi untuk istiqamah menjadi rajin dan multi-tasking :') Yeah, aku boleh. Mungkin aku tak berapa nak meyakinkan mak ayah aku, but mommah, you need not to worry, I am carrying you and daddy inside me, I mean - your dignity (both), so I'll strive my best to become isteri yang terbaik untuk menantu mak dan ayah nanti. Nama mak dan ayah tak akan Ana malukan :) Mungkin waktu tu mak dan ayah akan terasa macam " Eh Yana, dah kenapa sebelum ni tak nak pamer kebolehan tersebut?" Hahaha, biasa la mak, ayah. Hero Hindustan awal-awal dia tak menonjol, tapi last dia daebak! :D Okay, entah kenapa malam ni sembang kencang sangat, mungkin sebab teruja dapat tulis balik dekat belog. Aceceh ye la belog, padahal teruja nak kahwin dah. Opsss terbocor rahsia, fuiifuiifuii. Ini semua poyo betul -_-"

So nak tanya preparation kan? Jap aku nak pamer bahan bukti. Ngehngemngah (gelak penuh muslihat). Ini dia :

Tarikan utama yang sebabkan aku beli buku ni adalah remarks dia yang tulis "Gerenti Jadi!" tu, hahaha :p


Ya, buku resepi. Hihi orang nak kahwin benda paling awal nak kena master mesti la memasak kan? Dan aku pulak lagi 15 hari dan 18 jam nak kahwin baru beli buku resepi. Daebak betul :') Tak beli buku resepi tak bermaksud tak pandai masak, bila beli ni tandanya nak tau macam-macam jenis lagi masakan yang boleh aku buat nanti (ayat budget macam pro walhal? *senyum kambing*). Kiranya nanti rumah baru aku dengan suami-to-be aku nak ala-ala kedai tomyam, nak apa order ja. Cehhh kemain kan impian, tapi impian tu penting. Tanpa impian kita tak ada aras pengukur sampai tahap mana kita nak capai, so tahap yang aku nak capai sekarang adalah kedai tomyam, hihihi okay la tu kan dari aku letak impian rumah nak jadi restoran makanan segera :p

Aku harap aku boleh jadi tukang masak yang terbaik untuk suami-to-be nanti, mungkin la tak paling sedap, tapi memadai la tak buat encik suami makin kurus makin melidi, kalau boleh nak makin berisi, macam teddy bear, orang buncit kan seksi, hiks :p Lagipun lama-lama nanti sedap la kan, kalau masak dengan kasih sayang InsyaAllah lama-lama nanti suami suka air tangan isteri, lagipun air tangan isteri tu kan pengikat kasih sayang, Ustaz Azhar Idrus cakap. Hee hee. *blushing*

Okaylah, 15 hari yang tinggal ni nak dapatkan tidur yang cukup, demi nak muka yang bermaya (muka teruja tak payah mintak memang sedia beri dah. Bluek). InsyaAllah kalau rajin esok macam nak share tips pengantin dari pembacaan sepanjang tempoh bertunang ni, hihihi. Doakan segalanya nanti dipermudahkan buat saya ye. Selamat malam, Assalamualaikum :)

xoxo,
Yananot.