Thursday 7 March 2013

Aku bangga bapa aku seorang polis.

Bismillahirahmanirrahim.

Tadi aku terbaca tentang penggelaran "anjing kerajaan" kepada polis. Again mereka samakan polis dengan anjing. Agak-agak kalau polis tu anjing boleh la kot dia pegang pistol, dia berkawad tabik hormat. Terer betul. Aku tak faham betul dengan politik Malaysia ni. Serius tak faham dan rasa tak nak faham. Kenapa nak selar-selar orang macam tu? Aku sokong polis nanti orang cakap aku orang kerajaan pulak kan, biarlah, typical Malaysian thinking memang macam tu. Aku cuma insan yang cintakan keamanan, aku pun tak pernah ingin nak join politik dan sembang muhong lepas tu orang respect. No, tu bukan aku. Tapi bila cakap polis tu anjing kerajaan aku SANGAT SANGAT rasa sentap. Ya, ayah aku polis dan aku sentap, tapi kalau ayah aku bukan polis pun korang tak layak nak selar pekerjaan seseorang tu dan samakan dengan binatang. Pity you guys yang tak dapat bezakan manusia dan binatang. Boleh masuk tadika balik dah kot.

Hanya anak-anak polis yang mengerti macam mana jadual kerja seorang polis. Time raya orang lain pagi-pagi boleh cium tangan mak ayah, anak polis macam aku ni harapan la nak cium tangan ayah pagi-pagi raya tu. Orang lain weekend mak ayah dekat rumah, malam pulak boleh gathering dengan family depan televisyen, tapi anak polis ni, bukan rutin kami macam tu. Dulu ayah aku polis hutan, lagi la kadang-kadang dua bulan dalam hutan. Semua sebab keamanan negara. Berkorban masa dan tenaga lepas tu orang lain senang je nak label polis tu "anjing kerajaan". Kalau ya pun benci dekat kerajaan, benci kerajaan la, apa pulak nak combine polis dengan anjing kerajaan? Pekerjaan seseorang dalam mencari rezeki bukan modal okay nak isukan dengan politik. Sebab tu aku benci politik dekat Malaysia ni, maaf la, tapi dah memang tak suka, jadi antonim dia benci la.

Bila dengar nama polis setengah orang ni macam alergik, dalam fikiran dia polis ni kerja muhong, polis ni kuli batak kerajaan, polis ni makan rasuah, polis ni bajet je. Lepas tu dia semuaaaaaaaa betul. Kalau dah betul sangat cuba ambil senjata lepas tu pi berjuang untuk negara tengok, ni kerja nak menyelar orang ja, nak jadi hero dekat Facebook, budak tadika pon boleh. Memang ada segelintir polis yang mencemar nama polis, tapi nak selar polis in total adalah sangat tak rasional. Respect la sikit hati dan perasaan mereka yang keluarga dah terkorban demi perjuangan negara ni. Cuba kalian dekat tempat mereka?

Sudah-sudah la dengan politik ni, dari elok aman pun orang boleh bergaduh sebab politik. Tolong la pandang isu Lahad Datu ni sebagai rakyat yang cintakan negaranya. Tinggalkan la politik tu sekejap. Kita support la polis dan tentera kita, doakan yang terbaik untuk mereka, doakan keselamatan mereka, doakan Malaysia kita harmoni dan jauh dari niat jahat penceroboh. Sudah-sudah la kita berbalah orang ni salah orang tu salah, at the end tengok lah siapa yang paling banyak berbalah? Melayu okay Melayu! Bangsa lain tengok senyum ke pipi tunggu perpecahan kita. Sayang la bangsa kita, sayang la negara kita, perjuangkan lah agama kita! Untuk polis dan tentera sekalian, terima kasih kerana kekal memperjuangkan negara, terima kasih kerana tidak berpaling walau berhadapan peluru realiti dan peluru tohmahan masyarakat yang tidak bersyukur untuk menghargai keamanan. Terima kasih kerana semangat mara yang tak pudar, saya bangga dengan anda. Fighting fighting!



Ini ayah aku, seorang polis. Yang mengajar aku menjadi aku hari ni. Takda pulak aku jadi mafia kan? Yang berpesan pada aku kerja yang halal memberikan hidup yang berkat. Yang berpesan supaya aku hormat orang lain. Takdak pulak aku mencaci dan menghina mereka yang menggelar polis itu "anjing" kan walhal tahap kegeraman aku sungguh meluap-luap? Dan paling penting ayah aku tak pernah cakap "Yana, undi lah UMNO, PAS, PKR, DAP and whatsoever parti lagi". Yang ayah aku ajar "Yana, bila tiba saat nak undi nanti, undi la pada yang benar dan betul." Bukan atas dasar BR1M, bukan atas dasar perjuangkan Islam tapi cara mencaci dan menghina dan memaki dan melabel orang suka-suka hati, bukan atas dasar matlamat menghalalkan cara. So nak tau undi aku? Undi adalah rahsia. Sekian terima kasih :)

Semoga dikurniakan hidayah dari Allah buat aku dan buat kalian juga, hidayah untuk memilih yang benar. Assalamualaikum :)