Thursday 7 March 2013

Loveline. Yana & Wan :)

Bismillahirrahmanirrahim.



Alhamdulillah I found you!
:')

2002 - Naik bas, nampak mamat macho pakai lebai, muka bersinar. Jantung dup dab dup dab. Dalam hati cakap "Eh kenapa ada rasa macam ni?". Abaikan, balik and gila bayang sorang-sorang. Ok fine, first time gila bayang, so gelabah, haha :p Lepas tu berkat dari spy dapat tahu nama mamat macho berlebai tu "Wan Pokemon". Ahaaaa, so cute! Rasa macam ada chemistry sebab saya suka sangat Pikachu, start dari hari tu tak miss tengok Pokemon sebab tengok Ash Pokemon ingat Wan Pokemon sebab rambut sepesen, cacak-cacak, okay angau dah -_-" Mulai hari kejadian semangat naik bas pergi sekolah. Dah tak memerap ayah suruh hantar pergi sekolah. Kikikiki :p

2003 - Bulan Mac, dapat tahu Pokemon tuisyen tempat yang sama. Perghhh lagi senang la nak stalker. Okay dapat tahu dia minat Arsenal sebab suka pakai jersi Arsenal. Mula layan bola, malang sekali terjatuh cinta dekat David Beckham lah pulok, so saya pilih Manchester United and tak layan la Gunners, since that day update diri sendiri pasal bola, supaya nampak cool dan boleh diajak bersembang. Malang sekali tak berpeluang pulak nak tegur. One day, pertengahan Mac, mamat Pokemon tegur, kuikuikui :D Dunia rasa bunga-bunga. Kalau lagu Ana Raffali Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dah keluar masa tu kompom jadi lagu tema cinta syok sendiri. Satu hari tu masuk toilet pun renyih, bahaha gedik sungguh. Malu pulak bila ingat-ingat :p

still 2003 - Jadi kawan baik. Tukar-tukar soalan percubaan PMR. Sembang kencang apa Pokemon minat saya pun minat, walhal study sampai berpeluh dahi kot benda yang dia minat, semuanya sebab nak nampak HEBAT, gelabah betul. Tapi usaha tangga kejayaan, dapat jadi kawan baik and teman luahan rasa tak puas hati dengan member, teman tanya pendapat, teman sembang, teman gaduh, teman nak tacing, priceless! :D Lagu tema time ni Sayang-Menyayang by Siti Sarah and Jamal Abdillah. Lagu mainan dalam hati sendiri je la, takdak tuju-tuju lagu, malu kalau cinta bertepuk sebelah tangan. Lagipun fikir muda lagi, malang sekali hati meronta nak bagitau jugak, so first ayat dari mulut saya "Wei Wan, aku suka dekat hang." Malu, letak telefon. Rasa loser dah. Hahaha budak-budak baru nak up suka buat benda tak semegah, haih -_-"

and still 2003 - Continue to be best friend. Tapi dalam hati ni, you are more than my best friend, ada istimewa sikit. Tapi rahsia dalam hati sendiri je la, kang macam pompuan psiko pulak asyik nak luah perasaan. So cool je, kalau dah jodoh tak ke mana kan ;)

2004 - Pokemon dah pi sekolah teknik, nama bertukar jadi Cik Gan, and me? Still the noob Yana, lampi memanjang, but then tu la uniknya saya, okay perasan, gugugagagege :p First week orientasi lost contact, ingat dah lupa tapi Cik Gan calllllllllllllllllllllllllllllllll, perghh bunga-bunga lagi dunia, sepanjang hari senyum, macam kambing, bekkk, haha :p And still, "best friend" :D Oh, lagu tema time ni Only One by Yellowcard. Lagu ni dah berani nak tuju-tuju sebab macam confident dah tak tepuk tangan sorang-sorang, muehehe :D

2005 - Dua-dua ambil SPM, masa ni jugak baru start pakai Nokia 3310, kalau tak public je, tak pun telefon rumah, again, priceless, fasa zaman kudo sampai zaman smart phone dah la ni. Too much sweet memories :D

2006, 2007, 2008 - Maka bermula lah episod pengajian tinggi, komitmen semakin tinggi dan cabaran plus dugaan tak henti-henti. We share lots, we learnt lots and Alhamdulillah we made it sampai habis belajar, 2009.

2009, 2010 - Saya sambung study dekat Shah Alam, Wan dah start kerja. So bermulalah perhubungan jarak jauh. Frequent contact, trust and percaya kalau ada jodoh tak ke mana, we made it, again, Alhamdulillah. Gaduh-gaduh kejap I need break kejap I need time kejap I need you, biasa la tu kan. But still, best friend of all, my Yuyu, macam-macam gelaran, haha, Yuyu tu come from "you". So berkonsepkan dabel the happiness, maka jadilah "you-you". Ooo sweet *sambil tutup mulut dengan kedua tapak tangan*. Hahah budget ghi-yut. Puii :p

2011 - Grad and kerja. Yuyu cakap nak hubungan yang lebih pasti. Fuhh pantas cergas. So Disember 2011 kami pergi kursus kahwin. Macam tak percaya dah sampai tahap ni, but again Alhamdulillah, perhubungan ke arah yang lebih diberkati, yang halal. Meronta hati tak sabar nak cinta yang tulus dan suci, yang hanya ada pada ijab dan kabul :')

2012 - Engaged. Dugaan bertunang sangat hebat, tapi berkat sabar, berubah mana yang tak okay tu and take things easy plus positif positif positif, Alhamdulillah 2012 dilepasi dengan kegembiraan bergelar tunangan kepada kawan baik, kekasih hati, kawan fight, hee hee :)



2013 - Almost 3650 hari yang dah berlalu, now baki 8 hari lagi untuk saya bergelar isteri. Sesungguhnya tak tau nak gambar apa rasa dia. Dah lama saya tunggu, saya nak memulakan kehidupan yang lebih diredhai. Bercinta tanpa ikatan kadang-kadang buat hati rasa resah, sebab rasa this is not the right way, bercinta dating bercinta dating, tau salah tapi iman yang senipis bawang ni buat diri rasa kalau tak jumpa pi makan sekali nanti tak romantik la tak sweet la, tak sayang la. Waddehek la kan tapi tu lah realiti. Saya pun macam tu, therefore I am hoping my marriage will lead me to be someone better, nak jadi isteri yang solehah, nak jumpa Yuyu tersayang bukan dekat dunia ni ja, tapi sampai syurga nak jadi bidadari Yuyu, aamiin :') Saya ni nampak sangat teruja ya amat, takut juga nak teruja tapi memang teruja dan tak dapat nak cover rasa teruja ni, maka doa saya agar semuanya berjalan dengan lancar. Mohon rakan-rakan juga doakan yang terbaik untuk kami ye? :')




Dear Mohamad Ridzuan a.k.a Yuyu oppa,
Terima kasih kerana sudi melengkapi kekurangan saya dengan kefahaman awak yang extra bombastik tu. Tabik hormat toink toink, hehe. Tak ada orang yang faham saya lebih dari awak faham saya :') Awak selalu tanya, kenapa pilih saya? "Saya tak memilih awak, tapi Allah anugerahkan awak untuk saya. Since the first day I met you, I know I never want to meet other guys." Ni bukan drama tau, yang ni setulusnya dari hati. Walau saya banyak kurang saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk awak. Bantu saya untuk bergelar isteri yang hebat ye, yang patuh dekat suami dan tak kuat bebai, kuikuikui :p Saya nak rumahtangga kita nanti subur dengan nilai-nilai Islam, bimbing saya yang banyak khilaf ni eh. Fasa baru and azam baru buat kita, InsyaAllah, moga Allah redha dan usaha kita dalam restu-Nya, aamiin :)



Oh ya, saya nak tuju lagu boleh? For the Rest of My Life by Maher Zain, tapi versi seorang bakal isteri untuk bakal suaminya yang daebak! :)

Lots of loves,
Bakal isteri Yuyu oppa ;)