Wednesday 25 December 2013

Anugerah Terindah

Bismillahirrahmanirrahim :)


Perkara paling membahagiakan dalam kehidupan dah tiba, patut la orang selalu cakap anak tu adalah anugerah yang terindah, memang indah sangat-sangat. Alhamdulillah :D

Kalau dulu masa hidup berdua tak rasa sangat hidup ni dah berubah, sebab walaupun tanggungjawab kita jaga suami, still kita rasa macam ada part suami buat sendiri, tapi bila dah ada baby kecik ni, haaaaaa baru hang tau donia hang tu lagu mana, ekekeke :p

Baby tak tau waktu siang atau malam, dia tak faham lagi yang siang kena jaga, malam tu baru tidur, dia nak poo poo atau pun dia lapaq pun dia tak reti nak explain macam mana, yang dia tau menangis, menangis tu tandanya dia nak perhatian dari kita, samada nak cuci pampers dia, susukan dia atau nak belaian dari kita.

Sebab?

Sebab masa dalam rahim dulu tak ada matahari, so pencahayaan dia aku rasa 9 bulan tu lebih kurang ja, so dia tak tau la malam kena tidur, siang tu la yang jaga. Jadi kalau baby kita waktu siang dia tidur and waktu malam dia jaga, itu adalah perkara biasa, baby akan belajar mengikut masa. So it just matter of time, sebagai ibu kita kena jadi manusia paling penyabar dalam dunia :)

Hari ni genap 7 hari usia baby Annur Soffia, Alhamdulillah dah beri nama yang InsyaAllah moga memberi kebaikan - cahaya yang menawan, semoga Annur Soffia berjaya menawan hati ibu dan ayahnya dengan menjadi anak yang solehah ye sayang. Muah ciked ;)

Ibu sayang Annur Soffia, walaupun Soffia malam waktu ibu nak lena tu lah waktu dia berjaga dan nak nenenenenenenenenene. Lulz :p

Tuesday 3 December 2013

Realiti Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sekarang dah masuk bulan Disember. Bulan yang bahagiaaaaaa sebab banyak orang kahwin, kad kahwin dekat rumah den ni ho dah bertingket-tingket. Macam-macam design ada sampai tengok ja kad kahwin cute terus rasa nak kahwin sekali lagi. Hahaha :p Tapi tak tau la dapat atau tak pergi semua kenduri sebab mostly kenduri bulan ni banyak yang tengah nak ke hujung-hujung bulan and time tu pulak baby dah get ready nak tengok dunia luar, hee so mana yang sempat ye, yang tak sempat meh nak wish siap-siap. Selamat berbahagia hingga syurga kawan-kawan yang tersayang, moga masjid yang dibina sentiasa dalam rahmatnya, Aamiin :)

Okay bila cakap pasal kahwin ni aku nak la jugak share serba sedikit tentang kahwin ni. Belum pun sampai setahun kahwin dah nak share, budget berpengalaman betul, hahaha :p Bagi aku pengalaman ni belum tentu berdasarkan berapa panjang kita dalam satu situasi tu. Tapi betul la, waktu mengajar kita, so lagi lama waktu lagi macam-macam kita dah hadapi. Tapi dalam banyak-banyak pengalaman, kesilapan la yang paling banyak mengajar kita :) Aku tak cakap yang aku kahwin ni hanya nak buat silap dan lepas tu belajar. Nope. Tapi selama apa yang aku hadapi, mana yang boleh share tu better aku share, sebab nanti mana tau ada yang mengalami macam aku ke kan kiranya tak lone ranger la sebab setiap manusia menghadapi pelbagai ranjau kehidupam. Ewahh ;p

Cakap je pasal kahwin semua mesti teruja, mana yang bercinta tu tipu la kalau tak ada rasa nak kahwin dengan orang yang dia cinta. Mesti ada berangan nanti hidup bersama, ada baby comel, acecey ada kan ada kan? Sebelum kahwin and masa dalam preparation nak kahwin ni kita banyak imagine yang indah tentang sebuah perkahwinan. Well, itu biasa. Aku pun macam tu jugak dulu, ekeke :p Aku tak bermaksud nak cakap itu semua dusta sebab sebagaimana yang telah dianjurkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

"Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan."