Tuesday 3 December 2013

Realiti Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sekarang dah masuk bulan Disember. Bulan yang bahagiaaaaaa sebab banyak orang kahwin, kad kahwin dekat rumah den ni ho dah bertingket-tingket. Macam-macam design ada sampai tengok ja kad kahwin cute terus rasa nak kahwin sekali lagi. Hahaha :p Tapi tak tau la dapat atau tak pergi semua kenduri sebab mostly kenduri bulan ni banyak yang tengah nak ke hujung-hujung bulan and time tu pulak baby dah get ready nak tengok dunia luar, hee so mana yang sempat ye, yang tak sempat meh nak wish siap-siap. Selamat berbahagia hingga syurga kawan-kawan yang tersayang, moga masjid yang dibina sentiasa dalam rahmatnya, Aamiin :)

Okay bila cakap pasal kahwin ni aku nak la jugak share serba sedikit tentang kahwin ni. Belum pun sampai setahun kahwin dah nak share, budget berpengalaman betul, hahaha :p Bagi aku pengalaman ni belum tentu berdasarkan berapa panjang kita dalam satu situasi tu. Tapi betul la, waktu mengajar kita, so lagi lama waktu lagi macam-macam kita dah hadapi. Tapi dalam banyak-banyak pengalaman, kesilapan la yang paling banyak mengajar kita :) Aku tak cakap yang aku kahwin ni hanya nak buat silap dan lepas tu belajar. Nope. Tapi selama apa yang aku hadapi, mana yang boleh share tu better aku share, sebab nanti mana tau ada yang mengalami macam aku ke kan kiranya tak lone ranger la sebab setiap manusia menghadapi pelbagai ranjau kehidupam. Ewahh ;p

Cakap je pasal kahwin semua mesti teruja, mana yang bercinta tu tipu la kalau tak ada rasa nak kahwin dengan orang yang dia cinta. Mesti ada berangan nanti hidup bersama, ada baby comel, acecey ada kan ada kan? Sebelum kahwin and masa dalam preparation nak kahwin ni kita banyak imagine yang indah tentang sebuah perkahwinan. Well, itu biasa. Aku pun macam tu jugak dulu, ekeke :p Aku tak bermaksud nak cakap itu semua dusta sebab sebagaimana yang telah dianjurkan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. yang berbunyi :

"Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling mencintai kecuali pernikahan."