Friday 29 March 2013

Yang Terindah ❤ (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :'D

Akhirnya saya dah jadi Puan. Puan Yananot, ehem ehem :p

Okay stuck dan kita jump to new paragraph sebab entry dah terkepuk seminggu dekat draft, muehehe :p Hidup bersama orang yang kita sayang dalam ikatan yang halal sangat indah. Sekarang saya dah faham kenapa kawan-kawan yang dah awal lagi kahwin cakap "Rugi tau tak kahwin awal". So saya pun nak cakap jugak lah macam tu "rugi tau tak kahwin awal", kehkehkeh ;p Tapi banyak benda yang kita kena belajar sebelum tempuh alam perkahwinan ni, seriusly! Haa nampak tak tanda seru? So memang sangat penting and please dari sekarang dalami apa itu erti isteri yang solehah (ni saya cakap dekat diri sendiri) tapi kan, yang belum berkahwin pun dah kena start belajar sebab tak kan dah kahwin baru semuaaaaaa nak belajar (macam Yananot). You know what, kalau dah kahwin baru nak dalami lagi tanggungjawab dan segalanya tentang perkahwinan, kita akan rasa stress and keep on commit mistakes, tapi yang paling takut sekali mesti la commit sins, so hati dan perasaan suami kita kena jaga, how nak jaga? Belajar dan belajar. So far saya banyak baca buku sebab masa kenduri hari tu dapat sangat banyak buku agama dan buku tentang hidup berumah tangga, terima kasih sahabat sekalian, hadiah ilmu yang tak terperi nilainya, sobsobsob terharu mak nak :') Then saya tengok jugak kuliah Ustaz Kazim dan Tanyalah Ustaz and Ustazah, dan kuliah agama yang sewaktu dengannya, kena tengok banyak-banyak dan lebih kerap lagi sebab kalau start tinggal cepat je la kan syaitons masuk jarum menggoda, homaigat -_-" And Alhamdulillah juga kawan-kawan yang dah kahwin selalu bagi nasihat yang berguna, so saya rasa mudah sikit, Alhamdulillah Alhamdulillah :D

Too much presents, cute-cute pulak tu. Dah boleh bukak kedai. Penuh ruang tamu, bilik tidur. And ada yang tak bukak lagi sampai hari ni. Hihi, Thankssssss korang, saya sangat terharu dan bersyukur, Alhamdulillah :')

Panjang bona mukadimah den lo heh. So now saya nak masuk part kenduri. Pertama sekali BIG THANK YOU and LOTS OF LOVES untuk keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan dari kecik sampai tua, kawan-kawan kerja dan semuaaaaaaa yang terlibat masa kenduri hari tu. Saya tak tau nak explain macam mana rasa penghargaan saya ni cuma doa yang dapat saya panjatkan dan semoga Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua, MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU GUYS :')

Untuk keluarga dan saudara-mara, terima kasih tak terhingga, memang daebak lah and I owe all of you my life! Okay itu sahaja, hahaha hari tu dah buat ucapan kan, so dekat sini saya potong and sambung penghargaan dekat kawan-kawan la eh :p

Untuk jiran tetangga yang memasak, merewang sebab kenduri guna konsep gotong-royong, hihi saya rasa sangat bahagia mempunyai jiran yang paling terbaik, jiran yang sangat cute dan jiran yang sangat caring. Macam-macam ada, banyak pengorbanan dan peluh keringat yang keluar, saya tak tau nak balas macam mana, jasa yang saya akan kenang sampai bila-bila :')

Untuk Cik Ieda kesayangan saya selamanya, thanks sebab dari kecil sampai saat saya nak bersuami setia temani saya. Dalam hidup ni akan ada seorang sahabat yang sangat berharga dan umpama keluarga kita sendiri and you are the one, nanti kenduri hang aku pulak bertungkus lumus okay. And untuk semua teman-teman sekolah dari kecil dulu kita main kejaq-kejaq sama-sama, yang ada kelas tapi sanggup skip, hihik. Thanks Sheril, Ina and Inas :D Untuk member UiTM dulu yang dari jauh datang, thanksssss korang! I love you darling-darling!:') Untuk Team Aeon SPC, thanks sudi luang masa ke kenduri saya, thanks sebab banyak tolong, bagi kata-kata semangat, thanks! Waaa tak dapat nak sebut semua, sorry taw if kenduri saya hari tu ada terkurang and terlepas pandang kat mana-mana. Thanks sebab sudi hadir and thanks for being a part of my wonderful life!  :'D

Bercerita bab kenduri, kenduri pihak perempuan berlangsung 16 Mac lepas, sehari selepas saya selamat dinikahkan. Sebak tau time nikah tu, rasa dia macam nak berpisah jauh dari keluarga, rasa macam ayah dengan mak nak bagi kita dekat orang lain :'( Tapi Alhamdulillah orang lain yang disebutkan tu orang yang kita sayang, yang kita impikan untuk hidup dengan dia, yang hari-hari akan ada saat kita susah dan gembira, Insya-Allah :')

Muka senyum tapi dalam hati Ya Allah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui :')

Dengan sekali lafaz saya akhirnya halal buat Mohamad Ridzuan :')

"Barangsiapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh, " Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku." - HR. Ibnu 'Addi

Alhamdulillah atas nikmat perkahwinan ini Ya Allah :)


Haha, memang dah lama nak picit hidung Yuyu sebab mancung sangat :p

Kalau dulu nak bermesra limited, sekarang unlimited plus dapat pahala lagi, picit hidung pun dapat pahala, ngeh ngeh ngeh :p Oh ya, untuk attire nikah ni saya sewa ja, nak buat macam costing pulak, makanya saya dengan berbesar hati sewa, hihi. Kejap nak bagi link butik pengantin ni, boleh add dekat FB, saya rasa berbaloi sangat la pakej butik ni. Sangat affordable and harga pun sangat-sangat amazing (tutup mulut sendiri, poyo :p) BUTIK PENGANTIN SERI MAWAR.

Saya ambil pakej sekali dengan hiasan bilik tidur dan pelamin. Baju pulak saya sewa 3 pasang (nikah, kenduri perempuan and kenduri lelaki) dan harganya below RM3000 and to be exact pakej yang saya ambil ni RM2500 sahaja. Untuk pelamin saya request nak yang sangat simple sebab saya tak buat bersanding, and pelamin pun dalam rumah je untuk tujuan tangkap gambar dengan family, saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan :D Jadi kawan-kawan dekat area Kepala Batas, Bukit Mertajam boleh la datang and survey harga dekat butik ni, maybe ada perbezaan harga sebab saya buat tempahan penghujung 2012 and now dah 2013, tapi apa yang boleh saya cakap servis depa memang daebak lah! :D


The more I stay with you, the more I love you :)

Okayh, yang ni hiasan untuk bilik pengantin :)

Sebenarnya ada bangku tapi time ni sebab nak buat pembatalan air sembahyang, so ganti dengan lapik duduk dulu :)
Ini baju untuk kenduri pihak lelaki, pun dari Butik Pengantin Seri Mawar and mekap time ni pun dari butik tu :)

Ada jugak kawan-kawan tanya saya dekat FB kenapa tak upload gambar kahwin lagi. Hahaha dah jadi pengantin memang tak ingat dah nak bawak kamera sendiri tangkap gambar and nak mintak tolong orang lain pun kebanyakan sibuk dengan kerja masing-masing. So, kena tunggu photographer siapkan gambar barulah ada gambar. And that's why sangat penting kena ada photographer untuk wedding sebab wedding kita hari tu je lah, so if you don't capture that moment, bila lagi kan nak captured? Maka saya nak promote photographer yang saya hired untuk wedding day saya hari tu dengan berbesar hatinya :D


Lokasi : Kawasan KTM, Kilang Gula Prai, Penang

Yang ni teaser dulu, Insya-Allah bila saya dah dapat gambar nanti saya akan update untuk Part 2 pulak, so korang boleh la nanti tengok hasil kerja Oky Rahmans and The Gang :D Saya memang sangat berpuas hati and diorang pun sangat ohsem, so korang tak akan macam kayu bila nak posing, even Yuyu pun rancak posing, segak tampan hubby saya diorang buat, nicest nam-pyeon ever, muehehe ;)

And last but not least, yang membezakan muka hari kenduri dan muka hari biasa - jurumekap ;) Alhamdulillah masa kenduri hari tu saya berjaya booked Kak Fyna, rasanya ramai kenal Kak Fyna ni sebab dia memang sangat pandai mekap and popular dekat blog dan jugak FB. Mekap dia sampai ke petang tak pecah and the best part about her mekap kan, rasa sangat light and senang nak cuci :D Buat yang tak kenal Kak Fyna lagi boleh la like Page dia dekat FB, Fynahereblog. So saya nak share muka mekap dengan muka tak mekap diri sendiri :)

Oh ya, yang before tu saya pakai celak mata jugak, tabiat memang suka pakai celak mata dari kecil :p

Time tengah touch up. Syok ada orang lukis-lukis muka kita :D

Tengok betapa mekap mengubah anda menjadi puteri, kira sesuai la kan dengan gelaran Ratu Sehari, sehari tu je la, hohoho tapi dah memadai, penat walau kita macam ratu, katanya la kan -_-"

And ni pulak hasil mekap di hari kenduri saya, gambar saya copy dari Fynahereblog and now paste dekat Yananot pulak, mohon izin ye Kak Fyna, hihi ;)

Totally loving it! :D

Yeah and there she is, MUA saya di hari bahagia, Kak Fyna :)

Okay idea nak tulis entry dah tandus sebab fikiran saya dah terganggu dengan makanan, kruuk kruuk perut dah lapar, hoho. Lately saya memang fikir makanannnnnnnnnn almost most of the time, hahaha betul orang cakap bila bahagia selera makan kita bertambah, selera makan saya sekarang ni dah increase 200%, omomomo lepas ni tengok saya mesti ingat tong dah, hadeh -_-" Anyhow, who cares, bentuk badan bukan segalanya, tapi kena jaga juga demi nak cantik selalu depan suami :)

Ouch, lupa pulak, sebab dah sebut pasal makanan baru ingat tentang kek wedding hari tu, ohoiiii macam mana boleh lupa, haha :p Kek wedding saya sponsored dari adik sendiri sebab dia pun yang buat kek tu, and if sesiapa ada nak order kek dekat area Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, kira KL and Selangor boleh contact dia dekat FB, just bukak this link and add beliau Amer Rashid :)

Isi dalam kek adalah cheese cake and chocolate cake ;)

Okay, that's all untuk Part 1 ni, cacing dalam perut saya dah berbunuhan sebab lapaq sangat dahhh ni -_-" Insya-Allah untuk Part 2 nanti saya akan share pulak pasal photobooth, gift box and and apa-apa yang boleh dishare lagi lah tentang wedding, mungkin ada yang nak get advised preparation or apa-apa Insya-Allah saya cuba bantu, but most of all, dalam nak menjadikan wedding kita ni memorable kena ingat jugak yang wedding ni pintu gerbang ke alam perkahwinan ja, rumah tangga tu nanti isi dia, so which one that you think is the most preferable for you to decorate? :)

Don’t make your wedding a pleasant memory in this life but a source of misery in the next. Make it an eternally good memory. In trying to have a halal wedding, you might sacrifice many relationships but the opposite might mean sacrificing the only relationship that will matter in the hereafter for a bunch of people who don’t even really care about you. Don’t make one night the cause of your regret for an eternity.
-Shaykh Omar Suleiman.

Sekian, As salam.

xoxo,
Yuyu's A-nae ♥.