Monday, 1 December 2014

Selamat Pengantin Baru Own!

Bismillahirrahmanirrahim,

Fuhhhh dah lama aku tak menaip, lepas tu nak menaip aku rasa malas, tapi sebab aku berazam nak jadi rajin aku paksa jari aku cintakan keyboard. Sat ja jari, nanti I reward you dengan cincin tikam 2 kupang, muehehe :p

Okay, last weekend adik besaq aku kahwin. Normal la kan manusia ni dah bercinta mesti la nak berkahwin. But the thing is bila kau kakak, lepas tu adik kau yang dulu selalu kau buli dan berhingus, semua benda nanti "kaklong aku nak tu, kaklong aku nak ni" tup tup dah kahwin, mesti kau adalah kakak yang macam "Own, hang dah kahwin?". Ye, Own dah kahwin. Dan aku rasa aku macam dah tua sangat dah, aku rasa aku baru ambil result SPM, tapi bila bangun tidur aku tengok suami dekat hujung, anak dekat tengah, aku sedar aku dah makin korporat, hahaha keparat lah Yana :p

So here we go, aku rasa macam aku dah lamaaaaaaa tak balik kampung, padahal aku last balik masa Hari Raya Haji dulu, kalau ikut tak la lama mana, tapi dulu masa aku kecik-kecik tiap-tiap bulan aku balik, kadang-kadang sampai 2 kali sebulan aku balik. Yeah, bagi aku kampung aku tu adalah tempat yang paling menenangkan hati. Maybe sebab jatuh bangun aku dekat situ :')

Aku rasa langit dekat kampung la paling cantik. Paling cantik waktu dalam pukul 8-9 pagi, dia amcam ada nilai sentimetal tersendiri. Couldn't explain more, such a breath-taking view :)



Jadi, on Friday tu habis ja kerja, balik rumah kemas apa patut, terus aku dan suami balik kampung, Soffia awal-awal dah balik kampung ikut tok and pah dia. Rindu aku semalaman tidoq takda Soffia sebab takdak feel tidoq yang adventure kena sepak-sepak, sebab Soffia tidoq sangattttt lasak, tapi still cute. Hehe. Then lepas Zuhur Sabtu tu 29 November 2014, kami pun konvoi la ke Lembaga Getah Malaysia, since kenduri sebelah perempuan nanti buat dekat Dewan Perdana Lembaga Getah tu. And kami pun tidur dekat LGM Lodge yang memang sebelah dewan tu ja. Suasana dekat situ kalau malam sunyi sangat, tapi kawasan dia ada privacy untuk family buat event macam kenduri ni. Still, macam tak percaya Own nak kahwin, budak yang aku pusing-pusing buaian dia masa kecik tu dah nak kahwin, just couldn't believe I am growing older. Again aku perasan muda lagi. Lols :p

Ayah yang drive, Soffia yang letih :p
30 November 2014, dengan sekali lafaz adik besaq dah selamat jadi suami kepada Nurul Huda binti Yahaya. Selamat Pengantin Baru Own. Walau aku macam tak percaya tapi aku percaya kamu boleh jadi suami yang baik, ikut apa yang mak dengan ayah nasihat and ajar kita dari kecik-kecik dulu. Aku ingat lagi masa aku darjah 1, kamu kena tidur bilik depan, aku tidur bilik belakang, tapi sebab level keberanian kamu tak penuh, tiba-tiba aku bangun tengok ada budak sesat tidoq dekat lantai bilik aku, rupanya kamu ni penakut :p Aku ingat lagi kamu conteng-conteng kabinet dapur, lepas tu aku yang pandai tolong buat note dekat contengan kamu tu "Mak, Own yang conteng." Lepas tu bila mak balik kerja aku yang kena marah sebab memang terbukti la aku yang conteng, hahaha. Dah la, aku malas nak ingat banyak-banyak sebab semua yang aku ingat tu macam aku je yang kena buli, nampak macam aku loser pulak :p

So here we go adik besaq, kakakmu ini mendoakan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga syurga. Semoga kasih sayang yang terbina berkekalan dan sentiasa mekar. Jaga isteri kamu elok-elok okay, jaga macam mana ayah jaga mak and macam mana kamu nak anak perempuan kamu nanti dijaga. Perempuan ni rumit tapi sweet, nampak susah nak faham tapi simple sebenarnya. Yang lain, sila belajar mengenali sendiri, kan kamu tak suke aku banyak cakap bebel-bebl. Lols ;p

And the rest aku malas dah nak menaip, so aku paste gambar sesiap untuk tatapan diri sendiri sebab yang baca pun diri sendiri, lepas tu husband, tu pun sebab I force him to read, hahaha kejam nau bini ni :p

Dari kiri : Pandak (kembar aku yang lahir 11 tahun awal), hantu galah (pengantin di hari kejadian), wanita berdikari (sebab dia sorang je perempuan dalam sepupu sepapat) dan Angah (geng panjat pokok manggis)

Alhamdulillah, aku dah dapat adik perempuan. Pandai masak pulak tu, oyeah!

Hantaran dari Pihak Perempuan


Hantaran dari Pihak Lelaki
Tu dia depa memang semangat Selangor, merah kuning wingwing ;)
Dua-dua geng buat kek, dua-dua sama memotong :D
Gambar keluarga. Hehe ada Soffia lah :D
Soffia ambik seri pengantin, awak cinonet lagi ye Soffia -_-"
Okay, dah bertaburan gambar pengantin dan kenduri, now aku pun nak jugak menyelit bergambar. Pengantin lama yang dah beranak satu sedang mengimbau kenangan jadi pengantin baru. Rasa macam baru je aku kahwin, tapi tengok gambar ni dah nampak Soffia yang bambam cikebum, dah nak dekat dua tahun la aku jadi isteri, haaaaa berapa periuk dah masakan yang aku dah buat sepanjang bergelar isteri ni. Muhasabah diri, heehee -_-"
Soffia dengan ayah and kakak. Hahaha kakak pun boleh :p
Alhamdulillah majlis berjalan lancar and cuti pun dah habis, So goodbye Perak, nanti cuti kami bertandang lagi. Wuarghhhhh esok kerja dan aku punya mood dok dekat kampung lagi. Punggah!



Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Soffia tumbuh gigi pandai baca kitab. Aamiin :)
I love you husband, tiba-tiba, hehe :p
The end.

Sunday, 21 September 2014

Little Soffia ❤

Assalamualaikum.

I feel so guilty now. Sebab marah Soffia. Actually tak la marah yang pukul-pukul or tengking or what. Just Soffia a bit cranky few days ni, kalau kita ambil barang dia or kita tak bagi apa dia nak, mula la dia buat cubaan suara, not a soft or cute voice tau tapi vokal soprano. And what makes me guilty tonight was my attitude in handling her. I mean before ni kalau Soffia macam tu aku akan hugs dia, pampered cakap Soffia baik, Soffia lemah lembut dan segala perkataan mahmudah untuk doakan Soffia.

But tadi aku diam. Pampered pun tak. Cuma aku letak kat bahu and urut-urut belakang dia. I guess she's bit sleepy, so sebab tu dia mengamuk. Tidur tak cukup kuota. Perhaps.

Sorry Soffia, ibu blur tadi. Blur nak bertindak macam mana. Nak pujuk takut nanti mengada. Bila biar, rasa bersalah pulak. Now I know how exactly the feeling of a mother. You just know two things. To love and to love.

Ibu loves you Soffia! 

Thursday, 18 September 2014

Staying Alive!

Assalamualaikum.

Phewww, I miss you keyboard!

Yeah, I'm back. Again, back. Now. I'm sealed with loves. Hahaha sealed lah sangat, so can you estimate how many blog I already had before? When I said I'm back? Hahaha laugh is only the thing I can do. Okay, this time around I'm not starting all over again, which I used to do back then. Ini kali habaq mai, I change my blog name, sebab dah lamaaaaaaaa sangat tak bukak. Since last trimester preggy sampai la sekarang Soffia dah almost 9 months old. So, mari kita buat penjenamaan semula, hahaha :p

Sebab apa nak tukaq nama pulak?

Sebab I really want to continue blogging, I am determine to do that even before ni my determination drastically moral down. Ekeke :p Hahaha, I can tell you that when ever I make promise, InshaAllah I'll make it. But please exclude this, promise to keep writing is just the promise I'll never kept. Well, I have my own reasons. First and foremost, the strongest excuse is my status as a mother. So my little Soffia will always be my priority. Husband? Husband okay, if he is not willing to understand, I'll skip his dinner, hehe joking :p


Okay, sebenarnya aku dah lama tulis-tulis dekat blog ni, since aku sedih dulu duduk jauh dengan anak and suami. Tapi aku tak publish sebab aku sedih sendiri, so aku rasa penulisan dulu tu macam sendu sangat. Ekekeke :p


I just start working at my new office this week, and I found it was really hard to make a new move here. Not because of the work. But the people. They are all good, but I feel the gap between us. Hurgh, ni tak suka ni. This feeling turn me to be awkward. So till now, at the moment I'm typing this, I don't have any friends yet. Don't call me loser. Give me time to mingle around. I believe I can go through this.

But to tell you what, the environment now is sooooooo cold.

Like living in an igloo with the penguins around. Lols!

Okay lah, till we meet again, not so soon and may be not so long if you refer to my determination on writing. Give me consideration. Will you?

Monday, 16 June 2014

Family Vacation - Penang

Assalamualaikum.

I missed Penang so much! Every single days I'm here. Putrajaya ni lovely and cantik tempat dia, but without family you will feel empty. So no matter where you go, family is everything, you are nothing without them. Kadang-kadang aku macam tanya diri sendiri buat apa la menderita perasaan datang sini. Go back home la kan. Tapi tu la, I got responsibility to pay back my PTPTN, hahaha. Kau dah pinjam kena la bayar, kang blacklisted tak pasal-pasal diharamkan pergi Korea, lols :p

Okay lah, taknak sedih sangat. So apa aku buat weekend lepas dekat Penang?

Well I went to a short vacay with my handsome husband and cutest Soffia. Nak bercuti tapi masa singkat, so Penang just the ideal place for us. Dah memang aku pun duduk Penang kan :p


Okay, so lepas pergi kenduri kahwin hari Sabtu lepas, kai terus check-in dekat 1926 Heritage Hotel. First tengok aku rasa hotel ni macam scary, siap aku search dekat Google "1926 Heritage Hotel Penang berhantu". Hahaha superstishes kan aku ni. Tapi ye la, bawak Soffia pi tempat macam tu kena la google benda simple macam tu. Kalau nangis tengah malam nanti tak ke kecut hati aku dan suami -_-"

So far, okay la hotel dia, not bad. Cantik la jugak macam dalam web dia tu. Kalau masa tu aku rasa tak cantik and tak selesa, balik tidur rumah, dekat kan, haha :p

Tempat signature bagi bukti pernah sampai sini. Kalau hampa rajin nanti and datang sini, find mine okay :p


Soffia dah ngantuks. Come on Soffia, baru sampai kot -_-"







Day 1 bersamaan Hari Sabtu

Sampai ja Penang, lols ayat macam aku travel dari Budapest datang Penang pulak kan :p Haha first sampai je dekat island, since aku orang Penang mainland, so memang bahasakan kalau seberang bridge jadi island. Okay sambung cerita balik, sampai je island aku terus check-in hotel, salin baju, salin pampers Soffia, then terus keluar balik, kali ni pergi jalan-jalan dalam town, pusing survey tempat nak cari muzium sebab tema holiday ni, melawat muzium. Kalau aku anjurkan pakej macam ni memang macam mak-mak sangat buat trip pergi muzium tapi muzium Penang interaktif kot, rugi oi tak pi.

Okay siap tukar baju. Jom jalan!

Okay so lepas dah confirm route nak ke muzium esok hari kami terus lepak dekat Straits Quay. Selama ni just dengar and tengok dalam Romantika Azad dengan Eira Syazira shooting dekat situ, tapi tak pernah lagi sampai situ, so kami pun decide nak romantika jugak la dekat situ :p Sesampai ja terus perak-buih sebab tak sangka aku yang Penang ni ada tempat best macam ni. Ala-ala dekat Miami. Kenapa dari tadika aku tak aware pasal ni? Lols :p
Straits Quay version terbalik.

Semoga Annur Soffia jadi anak yang baik. We love you baby cikebambam :D
Asyik kena kiss ja ini budak, mesti pipi penuh selaput saliva. Hahaha patut pipi tembam dengan jaya :p


Day 2 bersamaan Hari Ahad

Hari ni aktiviti kami adalah menjelajah Muzium di Pulau Pinang. First pergi Camera Museum, lepas tu kami pergi Time Tunnel Museum. Time Tunnel Museum ni la yang ada 3d arts tu, so boleh la fefeeling snap pic ikut reaksi lukisan. Macam aku ni dengan mengangkut Soffia, memang tak banyak la posing, maklum la, dah rasa macam mak-mak sangat dah, malu nak posing macam masa student dulu, hahaha. New phase of life macam dan berjaya jadikan aku wanita yang lebih bersantun tinggi. Hahahaha nangis :')


Just couldn't believe the person who once lived in the belly now grow too fast and too cuteeeeee!



Pose macam model lilin sangat. Konon :p
Kayuh kayuh, supaya kurus dan kembali ramping :')
No need to tell me what is in your mind. I know, memang muka depa sama :p


Nyaris sangat, amboi Soffia punnya mimik muka pun ya ya ja dia, hehe.

Okay, done, hanya itu sahajalah memori yang aku nak simpan untuk kenangan aku sendiri dan untuk Soffia baca bila dah besar. Ehem ehem Soffia, bawak ibu mai sini balik nanti masa birthday ibu yang ke-55 tahun ye, kalau ibu masih panjang umur masa tu la tau :)

Okay, end of holiday, kembali lah anda ke Putrajaya wahai Nurfitriyana, tsskk tskkk T_T