Friday 8 June 2012

Sesungguhnya aku tahu bahawa rasa ini bukan rasa aku sahaja.

Bismilahirahmanirrahim,



I lost in words where should I start, sebenarnya aku nak berkongsi tentang event yang baru saja melalui hidup aku, tapi terdetik dekat hati "Why should I share? Belum halal pun untuk aku". Tapi rasanya cerita yang aku nak kongsikan adalah sesuatu yang aku nak orang lain fikirkan dan berbuat sesuatu pada diri mereka sendiri, kalau mungkin untuk aku sendiri aku sedikit terlambat, mungkin aku mampu buat mereka yang mampu untuk mempercepatkannya berbuat demikian, mungkin, dengan izin Allah :)

Sekarang ni couple macam dah berleluasa sangat, aku tahu aku bukan lah orang yang sempurna untuk bercakap benda-benda macam ni, tapi aku orang yang pernah melalui dan merasai sesuatu yang aku namakan sebagai pengajaran, kesilapan yang mengajar aku. Tak, aku tak menyesal dengan takdir yang aku dah lalui, malah aku bersyukur sebab aku belajar sangat banyak dari apa yang dah aku lalui. Aku akan menyesal kalau sampai sekarang pun aku tak belajar-belajar lagi. Secara realiti aku telah menjadi tunangan orang, tunang kepada seorang sahabat karib, sahabat bergaduh, sahabat bertekak, sahabat meluah rasa suka dan duka dan sahabat yang dalam doa aku semoga menjadi sahabat yang halal selamanya untuk aku :') Bercerita mengenai sahabat, andai dia bukan mahram untuk aku dan untuk kita, akan tetap ada batas, even walau kita cakap "alah, tahu la aku jaga batas, tahu la aku jaga diri". Tapi sejauh mana kita mampu jaga diri kita kalau syaitonnirrajim yang datang memberi cadangan maksiat tu pangkat dia Sarjan? Kapten? Agak-agak kita kuat tak nak melawan? Bila bercinta ni semua perkara nampak indah, nampak sweet, tapi walau seindah dan se-sweet manapun antara kita dan si dia, percintaan yang tak halal ni tetap berdosa. Sweet untuk kita tak bermakna sweet dekat mata Allah, yang tu la yang aku pernah lupa suatu waktu dulu :'(

Bercinta Sepanjang Hayat dan Gerbang Cinta, rasanya semua patut baca :)

Sebenarnya aku memang berniat nak kahwin awal, tapi perkara macam ni bukan kita saja yang fikir, kita ada keluarga, jadi banyak hati kita kena jaga, kena ikut persetujuan, kalau ikut hati memang aku nak segera segalanya, sebab aku tak mahu terbelenggu dalam dosa. Hari-hari aku mohon agar jodoh aku dimudahkan, agar cepat aku berada dalam redha Allah. Tapi, aku jugak kena tanya diri sendiri, dah bersedia tak untuk jadi isteri yang mampu sediakan segalanya untuk suami? Nanti disebabkan hati nak kahwin awal tapi diri belum bersedia, mungkin juga boleh memudaratkan rumah tangga, nanti suami stress sebab isteri asal masak hangit, isteri pulak stress sebab asal bangun ja kain baju penuh bakul. Jadi tempoh yang ada untuk aku sekarang ni aku nak penuhi dengan ilmu rumah tangga sebab aku nak jadi supermak. Aku jugak nak jadi bidadari suami aku bukan dekat dunia ni ja, kalau boleh sampai ke Jannah, jadi aku harus lebih berlemah-lembut dan menghormati suami dan lebih memahami dan belajar untuk mentaati, sekarang hidup sorang aku boleh la fikir diri aku ja, kalau dah berdua nanti, ofkos berdosa buat macam tu, jadi demi cinta yang bersemi ke Jannah, harus penuhkan ilmu untuk menjadi isteri yang terbaik dan comel di mata suami, ameen :) And apa yang paling penting jodoh kita rahsia Allah, kita bercinta dan berjanji macam mana pun, rahsia tetap rahsia dan janji Allah tetap janji Allah, apa yang ada pada kita adalah doa, mohon dekat Allah semoga apa yang kita rancang dan harapkan berjalan dengan lancar, mudah-mudahan, ameen.

Semoga dipermudahkan Allah, ameen :)

Alhamdulillah sebab dalam sendu aku sorang-sorang mengadu dekat Dia, aku tahu kenapa jalan hidup aku macam ni, dan aku yakin jalan hidup aku ni penuh hikmah yang tersembunyi, kalau dulu aku memang rebel habis lah orang cakap, tapi sekarang ni sikit-sikit aku nampak keindahan yang Allah dah aturkan dalam hidup aku :') Dia bagi aku belajar dalam kesilapan yang aku pernah lakukan, dan aku pun berazam nak menjadi yang lebih baik dan baik dan sentiasa terbaik dari semalam. Aku berharap sangat aku pandai menjaga diri, maruah keluarga dan aku berharap bakal imam aku pun begitu juga, semoga kita sama-sama mencari redha Allah ya bakal imamku :) Semoga doa dari kawan-kawan juga bersama aku dalam mengharungi sisa-sisa perjalanan aku sebagai seorang bakal isteri. Sesungguhnya perkongsian aku malam ini sebab aku nak sesiapa yang mampu cepat-cepatlah memilih untuk ke jalan yang lebih diredhai, aku bercinta dah hampir sepuluh tahun, tapi aku tak pernah rasa setenang yang aku rasa sekarang, bila kita memilih nak melaksanakan sesuatu yang halal untuk kita, percayalah Allah mudahkan jalan tu, mungkin ada dugaan yang kita kena tempuh, tapi berbaloi untuk kemanisan yang kita akan dapat, belum semanisnya aku rasa, tapi aku tahu dan aku sangat yakin sesuatu yang halal untuk kita adalah sesuatu yang tak ternilai kenikmatan dia. Aku tak sabar nak buat syaitonnirajim menangis bila sebuah masjid dah di bina sebab aku dah banyak menangis mengenang syaitonnirajim yang gembira tengok aku lalai dalam dosa. Jazakallah khayran. As Salam.

"Bina dan jaga cinta kita dengan Allah dulu, Insya-Allah, Allah akan pelihara cinta kita sesama manusia. Semoga Allah redha" :)