Saturday 8 October 2011

be grateful and you will be happy.

Dear medium luahan paksa dengar :)

Lately aku selalu rasa macam hidup tersangat sukar buat aku. Aku rasa macam aku adalah orang yang malang sebab masih bergelar "vineyard worker" yang macam hampagas, sedut habuk rumah doplohampat jam, huh. Bila dah lama duduk dekat rumah aku mula suka fikir secara kreatif yang tak berfaedah, dari sihat walafiat aku rasa macam nak sakit, dari hubungan silaturrahim yang baik aku sengaja nak cari pasal, haha macam dah mental sangat pulak kan, sungguh parah. Tapi kalau nak diikutkan tak la parah mana, sengaja buat-buat parah :p

Sebagai manusia normal nampak sangat kelemahan aku adalah tak reti nak menghayati erti bersyukur [ish ish ish, geleng kepala] tapi alhamdulillah jugak la sebab aku cepat sedar dan kembali bersyukur :) So aku rasa kita patut pandang pengalaman orang lain, baca kisah-kisah orang lain, bukan la nak jaga tepi kain orang pulak, agak-agak la kan, ambil tahu yang orang nak beritahu saja la, that will be more than enough. Cuba concern dengan apa yang mereka nak share dengan kita, kalau tak ada orang nak cerita masalah or pengalaman dia dekat kita, pergi saja online facebook, lepas tu terpampang dekat status bermacam masalah yang ada sesetengah orang share. So dari situ cuba kita fikir balik apalah sangat masalah yang kita hadapi kalau nak bandingkan dengan orang lain dekat sekeliling kita. Manusia tak lari dari dugaan dan pancaroba dalam hidup, bezanya cara handle masing-masing. Kalau tak pandai handle tu la yang jadi serabut perut semak kepala tu, macam yang jadi dekat aku [gelakkan diri sendiri, lolol ;p]

Memandangkan masalah aku kalau nak banding dengan masalah orang lain adalah sangat la ciput dan langsung tak menjejaskan apa-apa melainkan hanya perasaan aku, maka tolonglah abaikan stress tak berfaedah kamu wahai diri, stop nosing on simple things within you.  Banyak lagi perkara yang perlukan perhatian aku macam bilik yang bersepai, dapur yang jarang berasap dan kain baju yang kelemasan dalam raga. Apalah salahnya masa terluang yang aku rasa macam uh bosan bosan ni dihabiskan dengan aktiviti berumah tangga, sejuk mak mentua tengok esok. Hee hee tiba-tiba muka blushing bila sebut mak mentua, nampak sangat gatai hang ni -_-"

Yeah, panjang lebar sangat dah ni merepek, back to track, aku rasa aku dah jumpa kekuatan aku untuk menghadapi dugaan hidup. Ini baru sedikit, kalau yang kecil ni aku tak mampu nak hadapi macam mana dengan dugaan yang bakal mendatang, yang sedang-sedang, yang besar-besar, how Yana how?

Okey Yana, macam ni macam ni, bersyukurlah dan bertenang la dalam menghadapi sesuatu kerana dalam setiap kesukaran itu lah adanya kemudahan, bila Allah uji dan duga itu sebab Allah sayang dengan kita, Dia tak nak kita jauh dari Dia, bersyukurlah Dia bagi kita sedar, kalau Dia biar macam mana? Nauzubillah, tak mau la jadi macam tu. Macam masa sekolah, kolej, universiti dulu la kan, kita kena hadapi exam, dari exam tu lah baru ada hasilnya, kalau usaha lebih, lebih la ganjarannya, dari mata panda lahirnya anugerah dekan, kui kui kui. Macam tu la dengan ujian hidup, kalau kita penuhkan diri dengan sabar, indah tau hasilnya :) Allah duga kita dulu supaya bila kita dah terima ganjarannya kita tak lupa dengan keperitan kita pada masa yang lalu, setiap apa yang berlaku tu pahit atau manis ada hikmah di sebaliknya. Untuk kita sebagai hamba ni kena la selalu beringat dan yakin dengan Allah, kita tak boleh fikir bila susah itu ujian, senang pun ujian jugak tau. Bezanya bila susah kita merintih tapi bila senang kita mudah lupa, jadi bila lalui saat sukar tu kita cuba muhasabah diri apa yang dah kita lupa waktu kita senang dulu. Jadi jom bermuhasabah, bersyukur dan menjalani hidup dengan gembira. O yeah! [semangat] :DD

"Fa inna ma'al 'usri yusra, Inna ma'al 'usri yusra"
Verily, along with every hardship is relief. Verily, along with every hardship is relief.(Surat Insyirah 5-6)