Tuesday 11 October 2011

perut yang tercemar.

Salam petang yang nyaman Yananot,

Ada pepatah yang cakap "you are what you eat and you are what you read". Okey, aku nak berterus terang yang aku sangat risau dengan ayat pertama  "you are what you eat" tu, serius cuak gedik-gedik sejak semalam setelah aku baca artikel yang menyatakan keropok Rota ada terselit unsur-unsur binatang berhidung kemek yang kaler nak pink tak pink tu, oink oink sungguh! Kenapa aku cuak? Dey, ofkos la sebab aku suka gila kot keropok tu masa zaman tak bertauliah dulu. Sob sob sob aku rasa dah tak halal perut aku ;( Paling sedih pasti lah aku rasa tertipu, dekat paket gambar udang tapi kenapa ada oink oink? Dah tu ada pulak tanda halal. Kecil-kecil aku dah faham kalau nak makan kena tengok logo halal, asal ada aku memang terus ngap dengan yakin, namun setelah 23 tahun baru aku taw Rota tu dah diragui kehalalannya. Teraniaya zaman kecilku, sadis! Patut la dah besar ni blur ja doplohpat jam -_-"

Tapi tu lah, banyak version pulak cerita tentang Rota ni, ada cakap "fitnah semua tu", ada cakap "haram beb haram", ada yang cakap "bedal je, halal, E code yang dicanang tu code pewarna saja". Apa-apa pun bila dah jadi macam ni otomatik lah makanan tersebut dah dikira syubhah, dan kalau dah tau sesuatu makanan itu syubhah, maka eloklah pi lari jauh-jauh dari godaan bauan makanan tersebut, makanan ni nanti jadi darah daging, andai kata kita dah makan sesuatu yang diragui, yang menjadi darah daging kita dalam badan ni dah tentu la jugak kualitinya diragui. Macam bila kita beli produk la kan, kalau dah tahu produk tu diragui tulen atau copycat, setengah orang akan buat keputusan tak maw beli, tapi ada jugak yang ambil mudah beli saja, asal ado kan, at the end baru tahu yang kualiti tak bagus. Macam tu la dalam diri kita ni, kita ada segumpal daging yang nak dijaga, so jaga lah sebaik mungkin dengan memberi sesuatu yang berkualiti sebagai sajian, yang berkualiti dekat sini pasti la yang halal. Kalau elok dan berkualiti pasti lah hasilnya baik, kalau tak hasilnya pun sendiri maw ingat la kan. So, setelah mendapat info dan penerangan mengenai syubhah ni, seharusnya lepas ni kita lebih concern dengan makanan kita, ingat "we are what we eat"! :)

Lupa pulak nak tunjuk, ni la Rota. Ce ingat ce ingat, pernah tak time kecil dulu beli dekat van keropok plus rojak kaler putih yang ada depan sekolah? Tak pun dekat rumah jiran yang renovate jadi kedai jual cekedih?

Dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir ra berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram pun telah jelas. Sedangkan diantara keduanya terdapat perkara yang samar-samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukum)-nya. Barang siapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barang siapa yang jatuh kedalam yang samar-samar, maka ia telah jatuh kedalam perkara yang haram. Seperti seorang penggembala yang berada di dekat pagar (milik orang lain); dikhawatirkan ia akan masuk kedalamnya.

Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah, bahwa pagar Allah adalah larangan-larangan-Nya. Ketahuilah, bahwa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah, bahwa segumpal daging itu adalah hati”. (HR. Bukhari dan Muslim)