Sunday 16 October 2011

tips nak jadi rajin.

Hai eberibadi [budget] :p

Sesungguhnya aku tidak malu untuk mengaku bahawa aku seorang yang malas pada zahirnya kerana aku bersyukur pada batinnya aku ada semangat nak mengaku yang aku malas. Haha boley macam ni :p Okey yang sebenarnya aku nak berkongsi tentang rasa malas dan cara nak atasi rasa malas sebab berdasarkan testimoni dari aku yang malas, cara tersebut berhasil, alhamdulillah, jadi macam biasa la, sharing kan caring, caring kan sweet so I am sweet lah, lololol >.<

Orait, secara spesifiknya malas aku adalah merujuk kepada sikap aku yang malas memasak, bukan tak tahu tapi dah tahu tu la yang malas nak buat sebab rasa macam okey dah tau so tak mau buat. Haha angkuhnya fikiran [tujah jari telunjuk dekat dahi atas tujuan memberi rasa kesedaq diri :p]. Sebagai seorang perempuan sepatutnya kita kena la rajin-rajin bermesra dengan dapur, kalau tak mesra macam mana nak bercinta, dan kalau tak bercinta macam mana nak kenal hati budi dapur, ye tak? Macam aku la, hari tu konon nak masak ayam berlada hitam, sekali aku letak halba campur sebab aku tengok lebih kurang ja texture dia, so aku pun FAILED untuk resepi hari tu, haha tapi kita kena positif, kalau tak salah hari tu sampai ke sudah la aku mereng lagi nak bezakan dua benda alah tu, tapi sekarang tolong lah tanya. Ofkos tutup mata pun boleh jawab. Tu dia angkuh lagi, backhand dahi sedas setengah -_-"

Sebenarnya untuk orang yang berspesies malas ala-ala aku ni ubat dia adalah pergi masuk dapur and rekacipta lah resepi sendiri kalau dah budget semua benda pun hang taw, nak elak boring lah kunun macam semua resepi dah master, omai geli lidah dengaq, sedaq diri cepat, haha. Okay, sebenarnya bila sesuatu yang kita rasa kita dah tahu kita akan cenderung untuk rasa malas sebab benda tu dah macam sesuatu yang biasa untuk kita, so bila saja ada perasaan malas mula macam nak hai hai dengan kita, cepat cepat challenge diri untuk buat sesuatu yang lebih adventure lagi bagi mencabar diri sendiri. Contoh macam kalau rasa malas memasak cuba masak sesuatu yang lain, yang memang diri kita tak pernah buat, let say buat kek ke, biskut ke, macarons ke, kuih yang pelik2 but still boleh makan la kan. And tak pun cuba google resipi baru and try. So far aku tengok orang Jepun selalu come out dengan resepi yang pelik-pelik sebab orang Jepun ni selalu challenge diri sendiri, tengok teknologi dah la kan. Dah google tu pun agak-agak la nak cuba resepi pun kan. Kot ada oink oink takkan nak buat resepi oink oink kot, grrrr -_-"

Sekarang ni aku tengah mereka cipta makanan based on Waffle baru keluaran Gardenia tu. Inspired dari gambar ni lah, letak macam-macam buahan, sedap taw. Cubalah, simple sangat and bila dah cuba dah kira we are one step far from laziness :DD

And then kalau bab kerja rumah pulak rasa macam hari-hari kemas dan rasa malas apa kata cuba untuk set time and every time nak buat kerja rumah cuba berusaha untuk pecahkan rekod waktu mengemas, tu jugak sebagai latihan nak jadi supermak taw, buat kerja lebih laju dari biasa, so kalau sekarang dah latih insya-Allah bila dah berkeluarga nanti kita tak la rasa awkward sangat. Paling untung mak mertua dah sampai depan pintu gate and rumah pulak macam lepas kena taufan, on the spot chup chap chup chap dah siap, mak mertua pun sayang, hik hik hik ;)

Aku memang minat sangat la dengan decoration rumah yang tema inggeris ni, habis hati la orang cakap. Insya-Allah dah ada rezeki berumah sendiri nanti aku nak feeling oldies UK habis lah, haha onyoonyoonyo tak sabaqnya!

Cinta habis dah la tengok gambar ni. Okay, yang ni bilik anak-anak :p

But most of all adalah kesedaran diri, kesedaran itu yang paling penting untuk melawan rasa malas, kalau kesedaran untuk keluar dari menjadi malas tu tak ada tak guna juga baca tips bagai tapi effort tak ada, macam naik basikal tak ada tayar. So selalu lah sedar-sedarkan diri kita bahawa sebagai perempuan seharusnya kita bersikap rajin demi kesinambungan rumah tangga yang bahagia bila dah berkahwin nanti. Semoga aku juga akan menjadi insan yang lebih rajin lagi dari hari ini, amin. :)

Kita mungkin bukan wanita yang sempurna tapi kita boleh belajar untuk menjadi yang unik, yang satu dalam seribu, mari menghargai keupayaan diri :)