Wednesday 9 May 2012

Chocolate Moist Cake

As Salam,

Life will be great when you feel great. Then macam mana nak feel great? Senang saja, have a great time with great people. We have bunch of great people around us, yeah, keluarga, kawan-kawan, tak lupa juga yang disayang dan juga yang menyayangi, maka jangan bertindak kejam pada hidup, bergembiralah bersama mereka. Haish, kenapa tiba-tiba cakap macam ni walhal aku nak share resepi hari ini. Since aku busy sedikit dengan kerja dua tiga empat hari lepas, maka hari ni baru aku memberi waktu untuk diri aku berpeleseran di blog, in short update update update :)

Semalam aku buat chocolate moist dan hari ni aku buat rainbow cake, semuanya dalam checklist number 1 yang mesti aku lengkapkan before melangkah ke satu fasa baru dalam hidup. Nak jadi seorang isteri banyak perkara yang aku kena siapkan, memasak antara yang terpenting, kalau tak nanti suami terpikat dengan makcik tomyam seberang jalan -_-"

Anioanioanio siapa pun tak mahu jadi madu okay walaupun dengan tukang masak Patani yang terer gila buat tomyam, tomyam bukan segalanya, aduh menyimpang jauh -_-" Okay okay berbalik pada tujuan asal. First sekali aku nak share resepi untuk buat Chocolate Moist, yang ni guna method mengukus, jadi pada yang takdak oven tapi nak buat kek, boleh try resepi ni :

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder.

Ayak ketiga-tiga bahan di atas, kemudian ketepikan.

Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung

Satukan kesemua bahan dalam periuk kecil kemudian masak sehingga semua bahan larut dengan api yang perlahan. Setelah masak, sejukkan dan kemudian ketepikan.

Bahan C
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara:

  1.  Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang. Setelah kembang masukkan bahan B tadi. Pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan bahan A tadi sedikit demi sedikit, pukul sehingga sebati lebih kurang dalam masa 20 minit.
  2. Sediakan loyang. Sapukan sedikit minyak jagung agar adunan tidak melekat.
  3. Panaskan kukus, bila air dah mendidih terus masukkan adunan tersebut dalam loyang dan kukus selama 45 minit.
Bahan Topping
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat
2 sudu besar gula kastor


Cara:

  1. Masukkan serbuk koko, gula kastor dan minyak jagung. Panaskan di dalam periuk dengan api perlahan. Gaul sebati sehingga serbuk koko larut.
  2. Cepat-cepat masukkan susu pekat. Kacau sehingga larut dan pastikan tidak hangit.


Gambar di atas adalah kek yang aku dah berjaya kukus, then decorate memang la motip Terukir Di Bintang kan, soooo Yuna, haha. Dengan ini selamat berjaya mencuba! :D

"I know I can and I prove I can, selamat tinggal dunia malas, lololos." - Yananot