Friday 4 May 2012

Enjoy your work, then you will feel like you are not working.

As Salam,

Hari ini hari Jumaat dan aku tak bekerja kerana aku bercuti atas sebab-sebab tertentu. Maka dapatlah aku merehatkan badan setelah penat seharian travel dari Penang ke KL, and in two weeks nak travel lagi ke KL, Janda Baik then Bukit Merah, wow sakan noh berjalan, okay semua atas urusan kerja and semenjak kerja ni aku memang suka dan enjoy sangat walau pada mula aku rasa macam "hey bila aku nak rehat?!". Aku sangat menghargai kehidupan sekarang dan dengan pergi training sana sini lah aku gained banyak benda yang aku mungkin tak akan dapat belajar kalau aku berguling di rumah sahaja. Dan dari kerja lah aku berdepan dengan berbagai pe-el manusia. Dengan kerja aku banyak belajar sabaq sabaq sabaq dan dari kerja lah aku berinspirasi untuk pergi lebih jauh lagi dalam kehidupan ni, perghhh wawasan kau! :D

By the way semalam waktu training sempat jugak la group aku buat surprise birthday parti untuk our trainer, En Fadlie. So dapat la nak berjimba kejap setelah tersengguk-sengguk aku bermain mata dengan slide, kesimpulannya hidup tak pernah lari dari teori walaupun kau dah bekerja dan logiknya pastilah hanya melibatkan praktikal, but then no way la kan, zaman dah berubah dan you still need to learn all those theories, zzzzzz serius aku memang tak boley nak pi la, haha tu pun ada niat nak further master kan kan kan, wake up lah Yana -_-"

Chocolate Indulgence by Secret Recipe

Management Trainee Batch Jan 2012

Majlis tamat, sambung kelas, zzzzzzzzz -_-"

Yeah akhirnya aku mengerti yang diri kena cukup tough bila masuk dunia bekerja, semua benda kena cari sendiri, buat sendiri, in short BERDIKARI. And then you will meet bunch of people yang dari level berbeza and of course la mind set juga akan berbeza, some of your action they can't accept and that time kau akan pening, stress dan erghhh rasa nak menjerit tepi telinga orang tu sampai pekak, but then semua tu solve ke problem kau? Sangat lah tidak dan tidak. Lepas tu ada pulak rasa nak tukar kerja lain, adakah dengan cara tu kau fikir kau akan maju? Nonsense la bebeh. Bagi aku mulai sekarang aku takda nak fikir lompat-lompat kerja dah, aku sekarang berfikir untuk membina kerjaya aku, tapi kalau ada peluang yang lebih baik datang why not aku grab kan, depends dengan keadaan aku jugak la, sekarang aku single boleh la tapi kalau dah berdua lebih baik nanti mesti la aku kena banyak merujuk keputusan dengan beliau yang tersayang, tak gitu, barulah memacu cinta ke Jannatullah, insya-Allah :)

By the way aku dapat pergi exam untuk PTD, hopefully aku lepas la exam tu dan peringkat yang seterus-seterusnya, bukan mudah aku nak sampai ke peringkat sekarang, jadi aku nak bersungguh-sungguh, tentang niat nak further Master tu pulak insya-Allah aku akan tunaikan jugak, times count :) Yang penting sekarang adalah untuk aku bersungguh dengan apa yang aku sudah peroleh. Wah tiba-tiba aku rasa sangat bersemangat dan seakan "poyo la kau", haha! -_-"

"Hidup tak datang dengan mudah, ia mungkin datang dari kegagalan, kekecewaan atau kedukaan, tapi percayalah setiap apa yang kita hadapi ada akhirnya, begitu juga dengan kegembiraan, maka hadapilah apa saja yang datang dengan tabah, hati yang redha dan penuh rasa syukur kerana walau apa yang terbaik kita fikirkan untuk kita, perancangan Allah itu tetap yang paling terbaik" - Yananot