Tuesday 20 September 2011

don't be too judgemental.

Tak ada sesiapa yang layak menghakimi diri manusia lain unless awak adalah orang yang budget bagus sangat sangat sampai boleh predict others future. Kira macam ada kuasa super natural la kan, then boleh la awak tahu isi hati budi seseorang, dia nak makan apa time tu, dia kutuk awak ke atau dia pun ada kuasa gila macam awak jugak :p And I am not here to tell you guys "Hey, aku ada kuasa super natural, hebat gila!" Yeah,memang la gila kalau buat macam tu :p

I am here to share my thoughts yang semacam "Please stop la meragui atau menghakimi seseorang sebab kita bukan Tuhan." Kalau kita tak suka diri kita orang suka hati saja nak cakap A atau B, then ajar diri sendiri dulu supaya tak bersangka or bercerita atau menjaja gosip A to Z. Kehidupan dekat dunia ni walaupun ada masa kita rasa tak adil tapi hidup ni sangat seimbang, awak akan dapat habuan dari apa yang awak kerja dan lakukan, maka kita kena selalu ingatkan diri supaya tak ada nak judgemental sangat dengan orang sekeliling. If mereka tak kacau hidup kita so stop nosing about others, tak bawa untung pun. Tambah musuh lagi ada. Even tak ada dapat untung bulanan beribu-riban pun. So better stop attitude yang sebegitu dan beri peluang pada diri untuk mengenali orang sekeliling kita. Kadang-kadang diri kita terlampau sempit dengan prasangka buruk dan percaya cakap orang lain. Why not cuba kenal dulu, selidik sikit-sikit then baru la buat hipotesis. Hidup ni pun macam buat eksperimen jugak, bila berjaya hipotesis pun accepted. See, simple saja pun. So tak perlu rumitkan keadaan dengan berfikiran semak. Make life become easy la kan, just be nice with people and insya-Allah they will be nice with you too :)

So, I want to share these with you guys, kata-kata dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani yang berpesan supaya kita bersangka baik sesama manusia :

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku"

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat saya dan jugak awak yang membaca. As Salam :)