Sunday 18 September 2011

kenali wanita, hargai dan sayangilah.

Orang lelaki selalu cakap yang perempuan merimaskan, berperasaan huru-hara dan selalu tak stabil. Orang lelaki juga selalu anggap perempuan ini manja lebih, tak pandai berdikari, lemah gemalai kalah sotong yang tak bertulang. Orang lelaki juga selalu anggap perempuan ni kilang mata air sebab sikit-sikit nangis, lembik, cengeng dan at last buat mereka rasa serabut. Pi ef ef ti, tak tahu ke wanita ni adalah makhluk yang Allah ciptakan penuh dengan kasih sayang?


Mungkin perempuan ini lemah, tapi lemahnya orang perempuan bukan untuk senang ditindas, tetapi untuk dilentur menjadi acuan yang sepatutnya. Umpamanya kalau dah nak shape hati tapi letak dalam acuan bulat macam mana nak ada shape hati pulak kan? So lelaki, cuba muhasabah diri dahulu sebelum ada perasaan tak puas hati dengan wanita. Lelaki yang merungut tentang wanita adalah lelaki yang tak mendalami kejadian Hawa, sebabnya kalau dihayati betul-betul kejadian Hawa baru lelaki faham betapa uniknya wanita dan mengapa wanita ini sikapnya undefined sikit, hehe itu pun kalau baca dengan hati la kan. Di samping itu kita juga kena ingat yang semua manusia di muka bumi ini tak sempurna, ada part yang missing, jadi sama-sama lah kita melengkapi ruang kekurangan diri dengan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Bukan ke lagi elok macam tu? Dari cari lemah yang ada pada wanita kenapa tak cuba highlight kekuatan yang dia ada? Lepas ni cuba menghargai okay :)

Okay emosi macam berjoget laju saja bila aku buat entry ni kan, bukan apa, bila baca surat khabar aku sedih tengok perempuan-perempuan yang tertindas. Buat aku rasa nak jadi Pejuang Hak Asasi Kaum Wanita, semangatnya semangatnya, weee! :D Tapi di sebalik kekuatan wanita terselit juga kekurangan yang akhirnya menjadikan wanita bodoh dalam perlakuannya. Bagi aku kekurangan yang ada tu adalah apabila wanita sendiri tak menghargai betapa berharganya dia. Semoga aku tidak menzalimi diri dengan mensia-siakan diri ini. Duhai wanita sekalian, mari hargai diri kita. Tak pernah ada istilah terlambat untuk kita menghargai diri kita. Siapa pun kita di masa lampau kita masih punya masa untuk mengubahnya. Soalnya sekarang mahu dan tidak sahaja. Cepat ambil tangan, tepuk dada dan bicaralah dengan iman anda. All the best! :)